Wan Azizah menang besar kerana perbalahan dua PM?
SHAH ALAM – Serangan BN ke atas calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dengan melabelkannya sebagai ahli politik ‘Touch N Go’ sepanjang
tempoh berkempen PRK Parlimen Permatang Pauh dipercayai hanya bersifat
sementara kerana calon pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah
dijangka pengundi tegar mereka.
Menurut sumber dalaman parti, biarpun ada beberapa nama selain ahli keluarga Anwar cuba melobi untuk menjadi calon, namun suara akar umbi lebih diutamakan apabila menolak hasrat individu terbabit kerana faktor kecenderungannya kepada kumpulan UG (Kerajaan Perpaduan) dalam Pas.
Sudah tentu Anwar lebih meletakkan kepercayaan tinggi terhadap isterinya, Wan Azizah berbanding “orang luar” untuk membawa agenda serta “arahan” dari tirai besi Penjara Sungai Buloh untuk menjayakan strateginya.
Difahamkan, strategi kali ini lebih besar berbanding laluan yang diberi kepada Anwar oleh Wan Azizah untuk bertanding di kerusi itu seperti yang berlaku pada 2008 dan PRU13 lalu.
Soal amalan sikap Wan Azizah yang suka berpindah-randah kawasan Parlimen dan Dun juga tidak timbul kerana agenda utama langkah Kajang ke Permatang Pauh itu bakal mencorakkan masa depan PR yang kukuh meskipun masih bergelut dengan isu hudud serta boikot oleh Pemuda Pas kawasan itu.
Pilihan raya kali ini boleh disifatkan sebagai “bola tanggung” kepada BN apabila dalam masa sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut lantang menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi seperti pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu; pelaburan 1Malaysia Develpoment Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Meskipun serangan Dr Mahathir itu dilihat membawa isu yang sama dibawa oleh pemimpin PR, namun itu tidak bermakna bekas perdana menteri keempat itu sehaluan dengan perjuangan PR.
Sikap berdiam diri Najib itu tidak membantu jenteranya untuk memenangkan calonnya di Permatang Pauh iaitu Suhaimi Shabudin apabila skandal 1MDB kini semakin melarat kepada dakwaan gaya hidup mewah anak Tun Razak itu dalam majlis perkahwinan anak perempuannya yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai “perkahwinan abad ini".
Tidak boleh dinafikan juga faktor boleh menang PKR masih terletak kepada undi simpati meskipun zaman reformasi sudah berlalu, namun pengundi tegar Anwar masih setia kepada perjuangan parti itu iaitu membanteras konspirasi politik dan tahanan politik, khususnya dalam kes liwat II pada 10 Februari lalu.
Soal dakwaan pembangunan Permatang Pauh yang jauh ketinggalan dan terpinggir sejak PKR memenangi kerusi itu pada 1999 juga tidak timbul apabila persepsi negatif yang ditimbulkan BN juga tidak berasas dengan menjadikan kawasan luar bandar di Dun Penanti sebagai garis pengukur pembangunan.
Menurutnya lagi, Anwar sebelum dijatuhi hukuman penjara lima tahun, beliau sudah pun menyelesaikan masalah yang digembar-gemburkan BN itu, khususnya perparitan, banjir dan masalah sampah manakala isu pembangunan tidak pernah diabaikan dengan lebih menumpukan kepada kawasan bandar seperti Seberang Jaya.
Tindakan boikot oleh Pemuda Pas kawasan Permatang Pauh daripada memberi kerjasama untuk memenangkan calon PKR itu juga hanya bersifat sementara.
Ini kerana usaha untuk mengembalikan kepercayaan pengundi khususnya di Dun Permatang Pasir (kawasan Pas) itu juga telah digerakkan Pas kawasan yang menganggotai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bakal menyelamatkan PR dengan memenangkan calon PKR itu.
Dengan bahasa mudah, separuh daripada ahli Pas Permatang Pasir yang menolak Wan Azizah itu adalah daripada golongan ulama manakala sebahagiannya lagi adalah golongan profesional. Potensi kemenangan PKR pada PRK Pematang Pauh kali ini jauh lebih besar susulan agenda hudud Pas lebih penting berbanding merampas Putrajaya

0 orang berkata:
Post a Comment