• Apa sebenar pendirian PKR? Chee Wey bersama pempinan pemuda BN menunjukkan kain rentang mengenai kenyataan Anwar sebelum ini.
1 / 1


PERMATANG PAUH - PKR harus menyatakan pendirian yang jelas kepada rakyat Permatang Pauh mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Hng Chee Wey berkata, pendirian itu perlu dijelaskan kerana sebelum ini bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut pembangkang akan melaksanakan GST jika memerintah negara.


Beliau berkata, timbul kekeliruan apabila PKR sebelum ini menyokong pelaksanaan GST namun sekarang menjadikan isu itu sebagai modal kempen memburukkan kerajaan kepada rakyat Permatang Pauh.


"Kita ingin bertanya kepada PKR adakah mereka bantah disebabkan mahu mendapat sokongan rakyat atau bersetuju dengan prinsip GST dan akan melaksanaannya jika memerintah.


"Bukan kami sengaja mengada-adakan cerita tetapi ia keluar sendiri dari mulut Anwar pada satu sidang media di parlimen dan dilaporkan oleh beberapa media," katanya pada sidang media di pusat operasi BN di sini, hari ini.


Sehubungan itu,  PKR perlu menyatakan segera pendirian mereka dan tidak mengelirukan rakyat Permatang Pauh mengenai pelaksanaan GST di negara ini.