Amanah jangan terlalu berbangga
KOTA BHARU – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membidas
kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang
disifatkan terlalu ‘berbangga’ apabila mendakwa Pas tidak akan berjaya
menawan Sungai Besar, PRK kali ini.
Menurutnya, sehingga kini, Pas tetap melihat Amanah sebuah parti yang
lebih susah untuk mendapatkan perhatian pengundi, terutamanya daripada
pengundi Melayu itu sendiri.
“Sama sahaja, Amanah lagi susah (dapat undi). Amanah pasti ke dapat
sokongan nanti? Ada jaminan ke dapat sokongan Cina daripada bantuan DAP.
“Amanah kena ingat, pengundi tegar Pas di kawasan tersebut adalah
ramai. Kita sudah bertapak, tu perkara penting yang perlu jadi ingatan
utama,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, selaras dengan sokongan sedia ada, Pas mengambil pendekatan
mudah dengan berkempen cara matang dan sederhana sebagaimana yang
dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar
parti itu baru-baru ini.
Timbalan Menteri Besar itu juga memberitahu, Pas bukan sahaja parti
politik, tetapi adalah parti dakwah dan tarbiah yang mengambil
pendekatan menepati kehendak al-Quran dan sunnah.
“Mungkin sebelum ini ada yang terlajak sedikit orang kata dalam
berkempen, menyerang dan mengkritik yang menampakkan keras, tetapi
sekarang ini kita tegur yang mana tidak betul dan kritikan tersebut
mestilah berasas dan berfakta.
“Apa yang baik dan sesuai dengan agama kita boleh sokong, itulah yang
kita nak fokuskan dalam politik matang dan sejahtera tersebut. Saya rasa
benda ini sudah pun dibuat. Kebetulan mungkin pula bulan puasa jadi ia
lebih senang lagi lah, memang inilah pendekatan yang kita ambil,”
katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, sejak parti Amanah ditubuhkan,
banyak suara-suara daripada ahli Pas yang berhijrah ke parti itu
memperlihatkan situasi kurang selesa berada di dalam Amanah.
Mengulas isu tersebut, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas
Kelantan memberitahu, tindakan seolah-olah ‘menyesal’ itu diakui oleh
banyak pihak, namun Pas bukan parti pukat jerut untuk ambil balik dengan
mudah semua ahli yang berhijrah tersebut.
1 orang berkata:
zhengjx20160708
christian louboutin wedges
cheap toms
nike outlet
toms shoes
true religion outlet
michael kors outlet clearance
louis vuitton outlet
coach outlet clearance
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet clearance
adidas originals store
coach outlet store online
christian louboutin sale clearance
gucci handbags
louis vuitton bags
toms shoes outlet online
kd 7 shoes
coach factory outlet
jordan retro 11
cheap oakleys
kate spade
ray ban sunglasses outlet
pandora jewelry
coach outlet online
nike air max uk
michael kors outlet
michael kors handbags
air max
cheap jordans
oakley sunglasses outlet
louboutin femme
ray bans
adidas superstar shoes
michael kors outlet clearance
michael kors outlet online
juicy couture
adidas factory outlet
toms shoes
supra for sale
louis vuitton handbags
Post a Comment