Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KECOH SEBAB TAK TAHU ADAB

Ceramah Pakatan Harapan diganggu
‎Ceramah Pakatan Harapan diganggu

KUALA KANGSAR - Ceramah Pakatan Rakyat di Taman Sri Emas malam tadi dicemari dengan insiden gangguan hampir empat lelaki di sini. Kesemua pemuda itu mendakwa penduduk di taman ini.

Kekecohan pertama berlaku kira-kira jam 8.40 malam, ketika Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar sedang berucap.

Kejadian itu menyebabkan Sivakumar terpaksa berhenti selepas seorang lelaki hadir di hadapan pentas dengan menyatakan bahawa ceramah itu mengganggu ketenteraman awam. Ceramah itu kemudiannya dihentikan selama 15 minit.

Gangguan kedua pula berlaku ketika Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke sedang berucap, kira-kira jam 9.30 malam.

Sekempulan pemuda itu menyatakan alasan yang sama iaitu ceramah ini mengganggu penduduk dan meminta semua ceramah tidak kira daripada Pakatan Harapan, BN dan Pas bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan.

Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli ketika ditemui Sinar Harian selepas berucap di pantas sama berkata, beliau berharap semua yang terlibat dalam berkempen memahami latar belakang budaya masing-masing.

"Memang betul memang Islam nak solat sebagainya. Mungkin yang bukan Islam ada ruang dia juga asalkan masing-masing tahu batasan.

"Kalau boleh kita cuba elakkan berlakunya sebarang gangguan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.