Siasat siapa punya angkara, tegas Pas
KUALA KANGSAR - Pas hari ini meminta polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) menyiasat papan iklan kempen dipasang di sekitar kawasan pilihan
raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, yang menuduh parti itu kini
bergabung dengan Umno.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata Pas bersedia mengambil tindakan
undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya polis membantu mereka
melakukan siasatan.
"Papan iklan itu menuduh Pas sedang berusaha untuk bergabung dengan
Umno serta dituduh turut bersekongkol dengan isu 1MDB (1Malaysia
Development Berhad)," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata tindakan berbaur fitnah lebih menjurus kepada strategi
pihak tertentu untuk meraih sokongan pengundi dengan memburuk-burukkan
parti Pas.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli
Parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pengundian PRK itu yang bakal berlangsung 18 Jun ini menyaksikan
pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah)
dan Bebas. - Bernama
1 orang berkata:
Udah udah lo....ramadan ni bln berkat...kok diajak main togel...kok enggak takut neraka.....tobat lo mas...
Post a Comment