Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUDAH JE KES NI, NIZAR BOLEH SAMAN MEDIA TU KERANA BUAT FITNAH

Menteri: Saya percaya media daripada Nizar
Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob

KUALA KANGSAR - "Saya lebih yakin dengan media saya rasa Nizar (walaupun saya tidak dengar), tetapi media laporkan saya  percaya memang dia (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin)  cakap, sebab itu media laporkan.‎"

Demikian  reaksi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ‎Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataan Nizar hari ini yang menyalahkan media berikutan ucapan ceramahnya bahawa ALLAH  mahu pengundi Kuala Kangsar mengajar perdana menteri dan timbalannya.

Ismail Sabrri erkata, beliau yakin dengan kredebiliti media, yang sudah pasti mempunyai etika untuk menghasilkan sesuatu bahan berita.

"Saya sentiasa sokong media. Jadi, saya percaya kamu semua dari media mana pun, sama ada media arus perdana, media sosial, walaupun kamu bukan media arus perdana pun, saya percaya kamu semuanya mempunyai etika, takkan lapor benda yang tidak diperkatakan.

"Macam saya cakap hari ini, kamu semua akan laporkan apa saya cakap, takkan kamu buat benda yang saya tak cakap awak (media) laporkan,"katanya  di sidang medianya di Auditorium Kolej Melayu Kuala Kangsar.


Terdahulu Nizar yang juga  bekas Menteri Besar Perak, menjelaskan kenyataan ceramahnya di Lembah Sayong baru-baru ini, dipetik diluar konteks sehingga menyebabkan keluarga calon BN tergores hati.

Katanya, beliau tidak berniat untuk menghina atau membuat andaian negatif kepada mana-mana pihak khususnya keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

"Terdahulu dalam mukadimah ceramah itu, saya meminta semua hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah. Saya juga dengan panjang lebar mendokan roh arwah dicucuri rahmat.

"Saya juga mendoakan mereka dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman serta menerima dengan redha hati di atas ketentuan serta takdir ALLAH SWT.

"Namun laporan media sosial keesokannya telah sengaja membuat telahan, tohmahan dan andaian yang salah serta jauh terbabas dari maksud sebenar," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.