Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN CAKAP JE, TANGKAP LA YANG BUAT KERJA TU ......

Pas anggap guna papan iklan Umno tindakan bacul
Idris Ahmad

KUALA KANGSAR - Pas telah menerima maklumat yang sahih, ada usaha pihak tertentu memacak papan iklan (billboard) yang mengandungi provokasi terhadap Pas di Kuala Kangsar semalam.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, beliau kesal dengan tindakan itu yang dianggapnya sebagai satu fitnah terhadap Pas.

"Papan iklan tersebut telah menuduh Pas  sedang berusaha untuk bergabung dengan Umno, malah turut bersekongkol dengan skandal 1MDB yang membabitkan dana sebanyak RM 4.2 billion.

"Dengan tegasnya, Pas  menyatakan bahawa fitnah ini sangat kotor, dilakukan oleh golongan yang sangat terdesak untuk meraih undi," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Idris berkata ‎secara prinsipnya Pas, menyertai PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk bertentangan melawan Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Malaysia hari ini.

"Penentangan Pas  turut membabitkan kegagalan Umno dalam menguruskan dana dan harta negara, termasuklah isu yang melibatkan 1MDB.

"Semenjak isu ini timbul, Pas  secara konsisten mendesak supaya dilakukan siasatan terhadap isu ini, malah Lajnah Politik dan Pilihanraya Pas telah mendesak diwujudkan Suruhanjaya DiRaja untuk siasatan tersebu,"katanya.

Katanya oleh itu, tindakan pihak-pihak tertentu yang 'baling batu sembunyi tangan', memacak papan iklan yang cuba membabitkan Pas bersekongkol dengan skandal ini, adalah tindakan yang bacul.

"Pas mencabar pihak yang terlibat untuk membuat tuduhan secara terbuka terhadap Pas, bagi membolehkan Pas mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,"katanya.

Ujarnya lagi, ‎Pas juga meminta pihak yang berwajib termasuk PDRM dan SPR melakukan siasatan terhadap insiden yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.