Nizar mohon maaf, perjelas perkara sebenar
KUALA KANGSAR - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin menjelaskan kenyataan ceramahnya di Lembah Sayong baru-baru
ini, dipetik diluar konteks sehingga menyebabkan keluarga calon BN
tergores hati.
Katanya, beliau tidak berniat untuk menghina atau membuat andaian
negatif kepada mana-mana pihak khususnya keluarga Allahyarham Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
"Terdahulu dalam mukadimah ceramah itu, saya meminta semua hadirin
membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah. Saya juga
dengan panjang lebar mendoakan roh arwah dicucuri rahmat.
"Saya juga mendoakan mereka dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman
serta menerima dengan reda hati di atas ketentuan serta takdir ALLAH
SWT.
"Namun laporan media sosial keesokannya telah sengaja membuat telahan,
tohmahan dan andaian yang salah serta jauh terbabas dari maksud
sebenar," katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, sebagai individu yang turut bergelar suami dan bapa,
beliau memahami erti kehilangan yang menimpa keluarga Datin Mastura Mohd
Yazid.
"Bagaimanapun, jika sekiranya akibat laporan yang salah oleh pihak
media sosial dan cetak, sehingga menggores hati semua pihak, maka saya
memohon sepuluh jari memohon sepenuh kemaafan buat keluarga Allahyarham.
"Permohonan maaf tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya
yang amat bersimpati atas ketentuan dari ALLAH yang menimpa keluarga
Allahyarham," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mastura tergores dengan Nizar, tapi tetap maafkannya]
Kelmarin, anak kedua Mastura, Wan Imar Izzat menjelaskan mereka
sekeluarga terguris hati dengan kenyataan, ALLAH memilih supaya Pilihan
Raya Kecil diadakan di Kuala Kangsar kerana kebiadapan BN merampas
kerajaan negeri Perak, pimpinan Pakatan Rakyat pada 2009.
Wan Imar Izzat berharap perkara sedemikian tidak berulang bagi menjaga
sensitiviti mereka selain menyarankan ahli politik mengamalkan prinsip
politik matang.
Hari ini, Mastura pada sidang medianya menjelaskan beliau turut terkilan namun memaafkan Mohammad Nizar.
1 orang berkata:
Lo....kok main togel lagi....ingatin ramadan pak...bln rahmat...usah bjudi..jgn lupa neraka pak....udah udah looo....
Post a Comment