Azhar bukan boneka DAP
SHAH ALAM - Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir
menyangkal dakwaan bahawa calon Amanah di PRK Sungai Besar, Azhar Abdul
Shukor sebagai boneka DAP.
“Hanya kerana beliau berkempen di kawasan majoriti Cina dengan pemimpin
DAP, dikatakan sebagai boneka DAP. Ini dakwaan bersifat perkauman dan
rasis. Sampai bila perkara ini perlu dipermainkan setiap kali pilihan
raya?,” soalnya.
Menurutnya, tuduhan terbabit tidak berasas sama sekali memandangkan
kempen bersemuka yang dilakukan calon di majoriti di kawasan Cina.
“Fikirlah logik, jangan sesekali mudah membuat tuduhan melulu.
"Sudah tentu apabila beliau berkempen, soal bahasa menjadi kekangan dalam mendekati pengundi terutama pengundi Cina.
“Jangan kerana berkempen di kawasan Cina bersama-sama dengan pemimpin
DAP dikatakan boneka DAP, hujah ini terlalu enteng,” ujarnya mengulas
laporan media terhadap kempen yang dilakukan calon Amanah bersama
pemimpin DAP yang dilihat sebagai boneka DAP.
Dalam pada itu, Anuar memberitahu sokongan pengundi terhadap Amanah
tidak terjejas sama sekali apabila dikaitkan dengan isu papan tanda
perkauman yang dipasang oleh DAP.
“Soal itu sama sekali tidak menjejaskan sokongan terhadap Amanah, malah sokongan terhadap kami semakin bertambah,” katanya.
1 orang berkata:
Boneka ok lg kalau nak dibandingkan dgn badut sarkas umno.
Post a Comment