Mastura tergores dengan Nizar, tapi tetap maafkannya
KUALA KANGSAR - Calon BN bagi PRK Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd
Yazid mengakui beliau tergores hati dengan kenyataan Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya dalam kempen pembangkang di
Sayong Lembah baru-baru ini. Namun, ujarnya beliau memaafkan kekhilafan Nizar tersebut.
"Sebagai seorang manusia biasa, seperti saudara semua, semestinya perkataan-perkataan itu menggores hati saya dan anak-anak.
"Tetapi saya maafkan Datuk Seri (Nizar) sebab saya percaya ALLAH taala akan menunjukkan kebenaran kepada kita semua," katanya.
Terdahulu, bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar sebelum ini
dilaporkan berkata pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk
'mengajar' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak
pada 2009.
Pada pilihan raya parlimen 8 Jun ini, Mastura akan berdepan dengan
calon Amanah, Dr Ahmad Termizi; calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad dan
calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pilihan raya kecil juga akan diadakan serentak pada 18 Jun ini di
Sungai Besar kerana nahas yang sama meragut nyawa Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon yang adalah
penyandang ahli parlimen kerusi tersebut.
1 orang berkata:
Udah udah mas...kok ramadan bisa main togel....udah lupa neraka kok...
Post a Comment