Saya khadam rakyat, bukan DAP
KUALA KANGSAR - Calon Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Ahmad Termizi
Ramli menegaskan bahawa dirinya bukan khadam DAP untuk Pilihan Raya
Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
Pak Karamu:
Kalau ngaku sebagai kadam DAP tak de sapapun marah, tapi semua orang tahu !
Malah katanya, Amanah juga bukan parti suruhan DAP seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Pak Karamu:
Ye ke ??? Tapi semua orang tahu, amanah parti dedalu, harapkan kekuatan DAP dan PKR
"Saya bukan khadam DAP. Saya khadam rakyat. Saya khadam Kuala Kangsar. "Janganlah letakkan kami, golongan profesional, korporat, yang
mempunyai kemampuan untuk berdiri dilabelkan sebagai parti suruhan,"
katanya pada sidang media, hari ini.
Pak Karamu:
Sejak bila jadi kadam rakyat ? Cer tanya orang K.Kangsar bila calon ni mengkhadamkan dirinya kepada rakyat ? KANTOI ! Nak berbohongpun biarlah menesabah
Katanya, tidak sewajarnya Amanah dilabelkan sebegitu rupa kerana parti itu juga mempunyai maruah dan kekuatan sendiri.
Pak Karamu:
Cer tanya diri sendiri, Amanah ni mempunyai kekuatan dari mana ? Ahli ? Berapa kerat yang ada jika dibandingkan dengan PKR ?
"Macam-macam orang buat cerita seperti Amanah talam DAP, saya kena nafikan. "Saya kena tegaskan. Kita umat Islam. Parti Amanah ini parti Islam.
Amanah ada maruah, ada kekuatan, ada kemampuan untuk berdiri sendiri,"
katanya.
Pak Karamu:
Puuula Maaaaak ! Tak bohong ke ? Kalau parti islam apa dasarnya ? Semua jawapan bagi rakyat K.Kangsar ketawa je !
Cuma katanya, dalam misi menumbangkan BN, Amanah perlu bergabung dengan DAP dan PKR melalui Pakatan Harapan.
Pak Karamu:
Haaaaaa, Kan Ke Senang dengar, buat la pengakuan cam tu, tak la rakyat marah ! Bayangkan jika parti baru buat la kenyataan lebih lunak, jangan sembrono je ! Patutnya PKR lebih layak bertanding ! TAPI !!!! hu hu hu ada rahsia apa amanah bertanding ?
"Bagaimanapun kita tetap bekerjasama. Kita tahu negara ini berbilang bangsa. Kita kena ada rakan yang bukan Islam.
Pak Karamu:
Haaaa ah , kan ke senang dengar
"Kita kena ada rakan dalam semua aliran-aliran yang ada pada senario politik negara untuk menjatuhkan kerajaan BN," katanya.
Pak Karamu:
Dah ngaku yek ? Tu la lain kali jangan sombong pada awal kenyataan, tu bodoh sombong namanya !
1 orang berkata:
Aii marah nampaknya Khadam Umno/Bn
Post a Comment