Dakwaan Pas beri Amanah laluan sukar tidak benar
SIMPANG LIMA - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman memaklumkan bahawa
dakwaan yang mengatakan bahawa parti Islam itu menyertai Pilihan Raya
Kecil (PRK) Sungai Besar bagi memberi laluan sukar kepada Parti Amanah
Negara (Amanah) adalah tidak benar.
Menurut Rani, sebelum penubuhan Amanah lagi, Pas sememangnya telah
mempunyai hasrat dan matlamat bagi menjatuhkan kepimpinan Umno serta BN.
"Perkara ini (matlamat) bukan hanya sekarang dinyatakan tapi sudah
banyak kali ia disebut oleh pimpinan parti sejak tradisi dulu lagi di
mana kita (Pas) nak jatuhkan Umno dan BN," katanya ketika sidang media
yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau, hari ini.
Selain daripada itu, Rani turut mempersoalkan penglibatan Amanah yang
turut meletakkan calon mereka bagi bertanding dalam PRK kali ini.
Menurut Adun Meru itu, sekiranya Amanah turut berhasrat ingin
menjatuhkan Umno dan BN, mereka tidak seharusnya campur tangan dengan
turut sama meletakkan calon bagi bertanding dalam PRK Sungai Besar.
"Amanah saya tak tahu apa tujuan dia. Kalau betul dia nak jatuhkan Umno
dan BN, kenapa dia nak campur masuk PRK ini juga,"katanya.
Dalam pada itu, Pengarah PRK Sungai Besar, Datuk Iskandar Abdul Samad
turut memaklumkan bahawa Pas sememangnya serius untuk bertanding
memandangkan seramai empat orang petugas parti berkenaan telah meninggal
dunia sepanjang tempoh PRK ini.
Beliau berkata, insiden yang berlaku tersebut jelas membuktikan bahawa
Pas sememangnya ingin menang dan menewaskan Umno serta BN.
"Jadi ini bermakna adalah tidak adil dan tidak sopan untuk sesiapa
mengatakan bahawa Pas menyertai PRK ini sekadar suka-suka kerana telah
ada petugas kita yang terkorban,"katanya.
PRK Sungai Besar kali ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru
di antara BN, Pas serta Amanah bagi merubut kerusi Parlimen Sungai
Besar.
2 orang berkata:
Sibuk betul PAS menyerang parti nyamuk hingga terlupa parti dianasor yang telah memyebabkan kesengsaraan rakyat. Adakah PAS hanya berlawan di PRK untuk menentang parti nyamuk sahaja?
Eh....parti nyamuk apa tu...kan parti beso tu, siap ada abg long dan kak long lg...
Post a Comment