Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT TERGESA-GESA NAK CEPAT KE PUTRA JAYA PAS TIDAK BERSAMA PEMBANGKANG


AKIBAT NAK CEPAT KE PUTRA JAYA
AKIBAT TIDAK JAGA MULUT
AKIBAT MERASA DIRI CERDIK
AKIBAT DIRI MERASA YAKIN RAKYAT
MAHUKAN SEGERA BERUBAH
AKHIRNYA PAKATAN PEMBANGKANG 
TERUMBANG AMBING !

JIKA DULU PAS BOLEH TERIMA DAP
KERANA DAP BERSIFAT LUNAK DAN MESRA
BERUNDING, BILA PAS DIPECAHKAN, DAP
SANGKA PAS DAH TERSUNGKUR, LALU
DAP SERANG DASAR PERJUANGAN PAS
AKHIRNYA PAS PUTUSKAN TERUS BERSAMA DAP

AKIBAT BONGKAK DAN SOMBONG KERANA
MEMERINTAH SELANGOR, AKHIRNYA
NANTI PKR JUGA AKAN DITINGGALKAN,
AKIBAT DIRI DAN PARTI KUAT, PKR AKAN
TERUS MENDERITA PADA PRU 14 NANTI
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN NANTI

-Pak Karamu-
 
 
 
Pas bijak atur strategi henti kerjasama pembangkang
Pas

KOTA BHARU - Tsunami politik kini dilihat makin reda apabila Pas membuat keputusan strategik dengan menghentikan kerjasama politik bersama parti pakatan.

Penganalisis Politik, Suhaimee Sahar berkata, hala tuju politik Pas dalam memastikan syiar Islam terus terpelihara dan tidak diancam melalui pakatan-pakatan sulit, licik dan halus merupakan satu strategi politik yang tepat pada masanya.

“Analisis daripada pilihan raya lepas dari segi kedudukan kerusi dan dominasi kuasa oleh parti politik pembangkang melihatkan bahawa Pas sememangnya sudah bersedia.

“Bersedia dalam konteks memastikan ideologi politik mereka kekal terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman dalaman dan pengaruh individu tertentu yang menggunakan kekuatan Pas selama ini demi kepentingan politik mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Islam memerintah selain membayangkan sasarannya iaitu empat negeri melibatkan Kedah, Selangor, Terengganu, selain terus kekal kukuh di Kelantan.

Menurutnya,  kini realiti politik semakin berubah, mengikut perubahan landskap politik global dan juga serantau.

Beliau berkata, oleh sebab itu survival politik sesebuah parti tidak boleh lagi terjamin dengan kuasa dominasi, tetapi permuafakatan dan kerjasama antara politik diperlukan bagi memastikan pengundi dapat memilih.

“Pilihan itu pula melibatkan pemimpin dan parti yang benar-benar menjiwai dan memenuhi nilai-nilai politik mereka. Daripada dapatan kajian lepas, jelas menunjukkan pengundi memilih calon melalui nilai kepimpinan dan kredibiliti calon itu,” katanya.

Selain itu, Suhaimee yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, usaha DAP dalam memulihkan imej mereka di Pulau Pinang dan meraih semula sokongan perlu dinilai oleh masyarakat secara holistik dan telus.

“Manakala usaha-usaha yang ditunjukkan oleh Umno dan Pas sejak kebelakangan ini memberikan satu signal kepada parti pakatan bahawa gelombang politik baharu yang meletakkan agama, bangsa dan negara merupakan salah satu usaha saling melengkapi dan diterima oleh masyarakat hari ini.

“Walaupun kedengaran rasa bimbang dan khuatir, itulah merupakan strategi dari parti pembangkang untuk menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan pengundi,” katanya.

3 orang berkata:

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7978] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

No komen. Tapi dengar khabarnya Mustafa Mohammad tengah packing barang. Kelantan dpt MB baru lepas pru.

IBU SARTIKA said...

Terima kasih pak sukiman atas informasi nya. Karna berkat pesan bapak. Saya menghubungi beliau dan alhamdulillah saya di bantu dan di berikan nombor Toto.4D alhamdulillah tembus sekali lagi terima kasih pak. Sukiman

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.