Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB BANYAK BAGI UMNO LUMPUH, NI UMNO KENA JAWAB



Hartanah Forest City Ada Pajakan 99 Tahun Kata Najib Tetapi Papan Tanda Ini Tampil Menjadi Saksi, Kantoikan Najib Kaw-Kaw Sekali Lagi.


Selepas dikritik teruk dalam isu Forest City, Najib Razak akhirnya tampil bersuara menjelaskan perkara sebenar disebalik isu Forest City yang menjadi kebimbangan masyarakat terutamanya yang membabitkan rakyat Johor.

Menurut Najib, tidak timbul isu jual negara atau mengadaikan kedaulatan negara kepada warga asing (China) kerana hartanah yang dijual di kawasan berkenaan terikat dengan perjanjian pajakan 99 tahun.  

“Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja

“Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban,” kata Najib semasa berucap merasmikan program “Jom Bantu Rakyat” di Desa Pandan pada semalam, seperti yang dipetik dalam portal Free Malaysia Today.



Walaubagaimanapun sejurus tersiarnya kenyataan Najib di portal-portal berita, papantanda yang enggan dikenali namanya tampil menjadi saksi di laman sosial bagi menjawab kenyataan Najib yang disifatkan ia sebagai penipu. 

Papantanda tersebut menafikan kenyataan Najib bahawanya penjualan hartanah di Forest City bukan semuanya terikat dengan perjanjian pajakan 99 tahun malahan ada di antaranya pegangan bebas, iaitu tidak terikat dengan perjanjian pajakan.




Oleh kerana saksi sudah menampilkan diri bagi menjawab dakwaan Najib, Perdana Menteri Malaysia, kita berharap Najib, yang mengakui dia ialah seorang pendengar yang baik boleh berdebat dengan papan tanda tersebut secara live bagi membolehkan rakyat melihat siapakah sebenarnya yang menipu dan siapakah sebenarnya yang bercakap benar. Insya-Allah yang benar tetap akan menang. Diharapkan Najib bersetuju dengan cadangan ini.


Kah Kah Kah!

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tak apa. Lebai hadi tak marah pun. Pak karam nak marah buat apa. Pak karam nak lawan lebai hadi ker? Kang kena barua kang. Heeeeee

Anonymous said...

Mcm tu punya kencing pun ada org nak bersekongkol. Apa punya keldai laaA

Anonymous said...

"Barang siapa berbuat sesuatu yg baru dalam urusan agama, yg tidak ada asalnya, maka perkara itu akan tertolak". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Klu buat hukum baru yg berlainan dgn hudud yg dah ada dlm Quran, ingat2 la hadis ni sedikit. Jgn asyik nak kafirkan orang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.