11 sekolah di Segamat ditutup akibat banjir
JOHOR BAHRU – Sehingga jam 3.30 petang ini sebanyak 11 sekolah di
Segamat terpaksa ditutup membabitkan 1,041 murid susulan kejadian banjir
di daerah itu yang berlaku akibat hujan tanpa henti sejak petang,
semalam.
Pengarah Pendidikan Negeri, Shaharudin Sharif berkata, sekolah yang
ditutup termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Central Site, SJKC
Ladang Voules, Sekolah Kebangsaan (SK) Redong dan SK Melayu Raya
“Sekolah lain yang turut ditutup ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) Ladang Gomali, SJKT Ladang Segamat, SJKT Sungai Muar, SK Sawah
Baru, SK Kampung Tenang, SK Bukit Tunggal dan SJKC Tenang.
“Seramai 1,041 murid terbabit dalam penutupan sesi persekolah ini iaitu
terdiri daripada 541 murid lelaki dan 468 murid perempuan,” katanya
ketika dihubungi, hari ini.
Shaharudin berkata, kesemua sekolah yang ditutup disebabkan masalah
terputus hubungan serta mula dinaiki air dan arahan penutupan sementara
diambil bagi memastikan keselamatan murid dan kakitangan sekolah tidak
terdedah kepada bahaya.
“Sekolah yang ditutup akan beroperasi seperti biasa selepas keadaan terkawal dan disahkan selamat.
“Ketika ini kita sedang menggerakkan usaha memindahkan murid yang masih
berada di sekolah dengan bantuan bot atau lori yang disediakan petugas
keselamatan kerana ada sekolah yang tidak dapat dilalui dengan kenderaan
biasa,” katanya.
Selain itu katanya, SK Peta di Mersing turut dilaporkan terputus
hubungan hubungan membabitkan 33 murid dan 12 kakitangan sekolah yang
kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir Taman Negara.
Katanya, tiga sekolah iaitu dua di Tangkak dan satu di Kota Tinggi
turut digunakan sebagai PPS banjir bagi menempatkan 59 mangsa dari 12
keluarga.
“Sekolah yang terlibat sebagai PPS termasuk SK Salang, SK Serom 8 dan SK Mawai,” katanya.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sebelum ini dalam satu kenyataan
memberitahu, turut membuka Bilik Gerakan Banjir yang boleh dihubungi
menerusi talian 07-2311474 bagi menghadapi banjir.
JPN Johor turut melancarkan khidmat sukarelawan menerusi program ‘Smart
Support Team’ (SST) membabitkan guru kaunseling bagi membantu dari segi
sokongan emosi terhadap mangsa khususnya kanak-kanak yang terbabit
dalam kejadian banjir.
2 orang berkata:
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Dugaan dr Allah.
Banyakkan istigfar
Post a Comment