PBERSATU TAU APA ?
BODOH PUNYA ORANG
-Pak Karamu-
Ada sebab Pas tak hadir pelancaran Bersatu
BODOH PUNYA ORANG
-Pak Karamu-
Ada sebab Pas tak hadir pelancaran Bersatu
PUCHONG – Ketidakhadiran pimpinan parti Pas pada Majlis Pelancaran
Parti Bersatu di Stadium Malawati, malam Sabtu lalu bukan disebabkan
ingin bersengkongkol dengan BN atau sayang kepada Pengerusi BN, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya
pihaknya membuat keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran Parti
Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada majlis perasmian tersebut.
Menurutnya, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti
tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak
hadir ke pelancaran parti Bersatu.
Namun Iskandar berkata, pihaknya kecewa pelbagai tuduhan dan dakwaan
dilempar kepada Pas kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk
mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir
Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya.
“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain,
saya dapat tahu Tun M mengatakan Pas seolah-olah hanya berpura-pura
melawan Umno dan nak pecah belahkan undi supaya BN menang.
“Tun tak patut katakan demikian kerana ahli Pas dah banyak jadi mangsa
kezaliman Umno dan BN,”katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis
Malam Apresiasi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan COB
Selangor, di Kinrara Resort di sini, semalam.
Tambah Iskandar lagi, Pas ketika ini bertempur dengan Umno dan BN di semua peringkat.
“Kita memang ada pertempuran sekarang ini…memang berlaga dengan Umno di semua peringkat.
Jadi tak betul lah jika katakan Pas tak hadir ke majlis pelancaran
kerana nak adakan kerjasama politik dan sebagainya dengan BN.
Ketidakhadiran kami hanyalah perkara kecil,” katanya.
Beliau berkata, yang pentingnya masih ada pertemuan dan hubungan berterusan antara kedua-dua parti Pas dan Bersatu.
Katanya, Pas tiada masalah untuk menjemput pemimpin parti itu untuk bersama-sama dalam program dianjurkan parti itu.
Pihaknya pernah menjemput, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dalam program dianjurkan dan bakal mengadakan program bersama Timbalan
Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam masa terdekat.
“Kita tiada masalah dari segi hubungan dengan Bersatu, jadi tidak betul dakwaan dilempar kepada kami.
“Mereka yang tuduh kami sayang BN dan Umno perlu kaji semula sejarah
politik Malaysia, lihat apa yang dilalui Pas, memang kita tak akan lupa
apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment