Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEMI ISLAM UMNO ADA KESEDARAN CIVIK YANG LAIN ? .....

Umno akan sertai Himpunan RUU 355 jika dijemput
Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR - Umno dijangka membincangkan penyertaan mereka dalam Himpunan Mega mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 27 Januari ini, sekiranya parti itu mendapat jemputan rasmi daripada Pas.

"Kalau ada jemputan atau sekiranya mereka (pucuk pimpinan parti) sudah menerima jemputan, saya pasti Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) akan membawa perkara ini dalam mesyuarat.

"Mesyuarat Umno masih awal daripada tarikh yang dicadangkan Pas untuk mengadakan himpunan itu di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan, jadi kita lihat dulu bagaimana" katanya selepas melawat Pusat Pembelajaran Permai di Ampang.

Annuar berkata beliau berpendapat, himpunan itu perlu dilakukan dan mendapat kerjasama semua pihak sekiranya ia melibatkan usaha dalam memberi penjelasan berhubung RUU 355.

"Secara peribadi, saya berpendapat, apa sahaja usaha untuk memberi penjelasan dan penerangan harus dialu-alukan kerana pihak yang membawa RUU persendirian ini berhak memberi penjelasan.

"Kita tidak harus prejudis dan melayan perkara ini secara emosi kerana Pas bertanggungjawab, malah seharusnya memberi penjelasan kepada bukan sahaja umat Islam tetapi orang bukan Islam," kata Annuar.

Ditanya mengenai ketegasan MCA membantah rancangan Pas untuk menganjurkan himpunan tersebut, Annuar berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) itu berhak menyuarakan pendapat.    

Beliau berkata semua pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu duduk secara bersama bagi mendengar suara semua parti komponen berhubung pelaksanaan RUU 355.

Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sabar datok....pru 14 tak lama lagi dah. Peluang datuk nak jadi MB besor sangat. Tapi datok dah boleh kemas2 baju. Lepas pru 14 boleh terus pindah masuk rumah MB kelantan. Kita sokong 100% datok....

Anonymous said...

Jgn risau datok.
Kita tak undi Pas dah.
Dah serik dah, datok... pangkah pas pun habuk tarak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.