Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASALAAH FOREST CITY ELOK DI ISTIHARKAN

Forest City: Johor perlu perjelas status tanah
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Kerajaan Johor menjelaskan tentang dasar penjualan tanah di negeri itu kepada pelabur asing.

Menurut Muhyiddin, beliau ingin tahu sama ada dasar tanah yang telah dijual kepada pelabur asing itu berstatus hak milik kekal atau sebaliknya.

“Sebenarnya, yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing, tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, dasar kerajaan pada ketika itu adalah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal.

“Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing. Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing?

“Adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas dasar terdahulu, katanya, kerajaan menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing.

“Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.

“Soal tanah adalah bidang kuasa negeri tetapi apakah kerajaan negeri boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri?” katanya lagi.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Tak apa.
Lama2 besok china tu akan sokong dap. Tunggu aje la, masanya akan tiba. Time tu baru kita garu kepala.

Anonymous said...

Negeri yg dah maju, biasanya akan memihak kpd pembangkang. Cthnya Penang dan Selangor.

Johor pun akan jadi mcm tu kot...

Anonymous said...

Lebih untung kalu dibandingkan dgn tanam durian kunyit.

Durian kunyit dah berbuah??

Anonymous said...

Sebelum undi pas, tanya dulu bila lebuhraya rakyat di klate nak siap??

Anonymous said...

Elok hadi istihar harta. Rm90juta masuk bawah jubah, bila nak saman SR?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.