Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAP KIT SIANG SAMAN SAMA HADI, PELUANG TERANGKAN ISLAM DI MAHKAMAH PULA!

HARAP PEGUAN KIT SIANG BENAR BENAR FAHAM APA ITU ISLAM,
 
SAMAN, JANGAN TAK SAMAN !!!
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Hadi angkuh, putar belit fakta: Kit Siang
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

BAYAN BARU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai angkuh selepas menolak pelawaan DAP untuk berbaik semula dan bekerjasama bagi menyelamatkan negara.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, Abdul Hadi juga tidak berhak untuk memutar belit fakta dengan menuduh DAP anti Islam apabila menolak Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibentangkan Pas.

Kit Siang berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya berhubung kenyataan Abdul Hadi itu untuk diambil tindakan undang-undang.

"Pendirian saya jelas, pelawaan saya adalah untuk menyelamatkan negara dari terus menjadi kleptokrasi dunia. Jika beliau (Abdul Hadi) seorang yang patriotik dan sayangkan negara, dia akan terima pelawaan saya untuk sama-sama berusaha menyelamatkan negara.


"Mengapa perlu memutar belit fakta dengan menuduh DAP anti Islam? Apa yang penting sekarang adalah selamatkan negara. Mengapa beliau cakap isu anti Islam pula? Beliau patut cermin diri sendiri sebelum berkata-kata," katanya kepada media tadi.

Kit Siang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri di sini tadi.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan Pas sudah menutup pintu untuk berbaik semula dengan DAP.

Kenyataan itu dibuat selepas seminggu Kit Siang menyatakan kesediaannya untuk memulih semula hubungan dengan Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak dapat menerima kembali DAP atas beberapa alasan termasuk parti itu terbukti menentang pelaksanaan undang-undang Islam khususnya berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibentangkan Pas.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, DAP juga didapati gagal menangani pelbagai masalah rakyat sejak parti itu memerintah Pulau Pinang sehingga sekarang.

17 orang berkata:

Anonymous said...

Jangan lupa turun ramai2 18 hb ni. Jangan bawak bendera Iran pulak tau..... Heeeee

Anonymous said...

Pas dah dapat tangani masalah rakyat Kelantan ker?

Anonymous said...

Masalah duit penjualan tanah lebai2, khemah dan banjir tu selesaikan dulu la, incik dol!

Anonymous said...

Alaaa......terima sumbangan banjir utk budak2 sekolah pun kena turun pangkat.

Hadoiiiiii

Anonymous said...

Dah nama pun kafir. Ko nak dia buat mcm mana, pak Karam? Nak suruh dia buat masjid?

Anonymous said...

Anon 2.08... ko redho la dgn dia ya... patutnya klu ko dah tau dia kapir. Ko pergi sokong buat apa..

Myshah said...

Lks.. nak selamatkan negara konon.... bila pas nk kuatkuasa 355 utk selamatkan negara dari berbagai2 masalah soosial.. tak sokong pulak... cakap berbelit2.

Lan said...

RUU 355 tu bukan hudud , bukannya hukum Allah ....boleh ke selamatkan Negara ???

Myshah said...

Sekyrang2nya ada penambah baikan dari hukum sedia ada.. ini semua sebab buisness.

Anonymous said...

Penambaikan apa setakat naikkan denda kesalahan..org miskin gak yg akan kena..org2 kaya mcm lebai jual agama terlepas sbb boleh kawtim dgn duit. Hadi dan Pas perosak Islam.

Anonymous said...

Bila parlimen bg peluang bahaskan ruu355 2kali dia mtk tangguh. Pastu terpekik terlolong salahkan lks dan dap. Hadi dan Pas perosak Islam.

Anonymous said...

Anon 2.55 kalau dah orang miskin pun buat salah memang wjar kena. Kalau dah miskin buat maksiat pulak.apa nilai orang mcam ini. Ko hari2 kutuk tghh.
Tunjukla bukti...

Anonymous said...

Aku tak sokong kapir.
Aku sokong umno perintah kelantan demi agama, bangsa dan negeri kelantan.
Aku sokong pas tolak dap, pkr, pan dan bersatu.


Aku sokong PIGS tapi tolonglah kalah kat kelantan. Bagi peluang umno majukan kelantan pulak.

Anonymous said...

Tapi org kaya2, lebai2 boleh lepas kot? Jual balak hutan simpan, boleh. Beli tanah 300k, boleh. Kapirkan orang, boleh... kalu org miskin buat dah masuk jel dah. Wal harammu walhalalku yer??

Kalu tak nak kutuk sila saman SR. Nak bukti mintak kat SR. Susah sangat ke? Tak puas hati, sila buat report polis. Suruh nurul islam buat report polis sabtu depan.

Anonymous said...

Dulu kat kedah kenapa tak sokong ruu kedah. Masa tu bukan islam lagi ke?

Anonymous said...

Anon 3:29

Pas dah 65thn habuk hudud pun tarak. Takat walaun2 biol 1% IQ bolehlah geng lebai kelentong.

Ruu355 ciptaan manusia bkn hukum Allah. Lebai2 jual agama ni dah meroyan undi org melayu hingga sanggup main isu perkauman dan agama. Dibagi peluang bahas ruu355 di parlimen Hadi munafik 2kali tangguhkan. Hadi dan Pas perosak Islam.

antiug said...

Yg hina islam mca, dap tolak ruu 355 je tupun bukan hudud...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.