'Pas mahu bermain dengan isu perkauman'
Datuk Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM - Cadangan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad
untuk Parti Amanah Negara (Amanah) bergabung dengan DAP hanyalah untuk
memainkan isu perkauman.
Timbalan Ketua Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata, propaganda ini bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
"Pemimpin Pas cuba mengelirukan rakyat dengan memainkan propaganda
mengatakan DAP adalah parti chauvinis dan DAP yang akan mengetuai
pakatan pembangkang.
"Amanah adalah parti yang berjuang atas dasar Islam berasaskan Maqasid
Syariah. Perjuangan bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) adalah untuk tujuan yang satu iaitu bagi menyelamatkan rakyat
daripada BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pas semalam mencadangkan Amanah supaya membentuk gabungan kerjasama atau pakatan politik dengan DAP.
Ini kerana menurut Iskandar, kedua parti itu lebih rapat dan mesra dalam fahaman politik masing-masing.
Katanya lagi, sekiranya Pas masih bersikap memusuhi parti-parti
pembangkang dan pada masa yang sama mengambil sikap senada dengan Umno
dengan memainkan isu perkauman sebagai modal politik, maka Pas hanya
akan menjadi 'spoiler' kepada perjuangan rakyat.
"Ironinya, Pas yang dahulu pernah bersama DAP sehingga berjaya
membentuk kerajaan bersama di Selangor dan Perak, kini mengambil sikap
memusuhi DAP dalam masa turut mengheret Amanah bersama dalam
permusuhannya.
"Agenda perjuangan yang utama bagi rakyat hari ini adalah perjuangan
bagi menyelamatkan negara daripada korupsi dan kleptokrasi. Sikap
memusuhi DAP dan Amanah akan merugikan rakyat kerana rakyat memerlukan
satu gabungan parti-parti pembangkang yang kuat untuk menumbangkan BN
dalam PRU14," katanya lagi.
8 orang berkata:
Pas parti lebai penunggang agama.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7313] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.
sembang deras je PI$ ni, suruh letak jawatan exco tak mahu
Hadi tunggang najib..
Walaun hadi dan macai najib jadi tunggang langgang.
Pak karam suka untaa ker keldai?
Sbb keldai dan untalah walaunta jadi tunggang langgang
Banyak tunggang keldai, otak unta jadi senget
Post a Comment