Netizen berang menteri larang kapcai masuk KL
MAJORITI netizen meluahkan rasa kurang senang, serta
tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor untuk melarang motosikal berkapasiti enjin
kecil atau 'kapcai' memasuki Kuala Lumpur.
Semalam laporan berita tempatan melaporkan Tengku Adnan yang popular
dengan panggilan Ku Nan berkata, langkah itu diambil sebagai langkah
mengurangkan kadar pelepasan karbon.
Kata Ku Nan, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.
"Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima
dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.
"Kebanyakan bandar utama tidak membenarkan penggunaan motosikal 'kapcai'," kata Ku Nan lagi.
Menurut Hazwan, dia naik hairan dengan cadangan Ku Nan itu, kerana
baginya berbanding kapcai, kenderaan yang berkapasiti besar lebih banyak
melepaskan karbon.
"Antara kereta, lori dengan motor kapcai yang banyak lepas karbon ini
adalah lori dengan keretalah, hairan aku...", tulisnya memberi komentar
berkenaan isu itu.
Sementara itu menurut Ilyas pula dia pula berpandangan cadangan itu 'menindas' golongan bawahan.
"Beginilah nasib rakyat marhaen, ditindas sentiasa," komentarnya.
Dalam pada itu menurut Mohd Shahrul pula berkata ramai yang menaiki
motosikal kapcai bukannya sebab tidak mampu untuk membeli kereta tetapi
sebab nak elak kesesakan lalu-lintas di bandar Kuala Lumpur.
"Ramai sahaja yang naik kapcai walaupun ada Civic Turbo di rumah, kalau semua kena naik kereta bertambahlah sesak," tulisnya.
Safrizal pula mempersoalkan kenapa motosikal kapcai sahaja dipersalahkan atas kapasiti pelepasan karbon.
"Isu di sini...tambang pengangkutan awam sekarang amat jauh berbeza
mahalnya berbanding isi minyak motosikal kapcai...Sangat tidak efektif
dan agak tidak masuk akal bagi abang (abg) despatch/abg runner/abg fast
food delivery/abg tong gas/abg posmen dan sewaktu dengannya untuk
menggunakan LRT ataupun Bas sebagai medium pengangkutan," ujarnya.
4 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 6 angka [817118] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 2 JUTA RINGGIT , wassalam.
Buang aje lah iklan judi tu. Sedut nama Allah lagi. Apa nak jadi dengan umat lslam sekarang.
Tar Snake and the germany cap movies in 30 episode drama
Ini semua gimmik PRU14 sahaja. Nanti piem kata pulak, tidak benar bahwa kerajaa tidak prihatin kepada rakyat marhaen. So cadagan ku nang di tolak. So her come the hero.
Rakyat marhen tadi yang marah (kononnya) kembali sokong ubn, kita sayang piem.
Post a Comment