Pas teliti kenyataan terdahulu Mahathir
SHAH ALAM - Hubungan kerjasama antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) buat masa kini masih belum mencapai kata putus, kata
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, sebelum keputusan dibuat, pihaknya akan menilai
kenyataan-kenyataan terdahulu Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
berhubung partinya sebelum ini.
“Cerita kami (Pas) dengan Bersatu masih dalam proses rundingan dan parti akan buat keputusan nanti.
“Pas akan menilai kenyataan Mahathir terlebih dahulu. Kami akan sejauh
mana untung, rugi atau manfaat untuk Pas,” katanya kepada Sinar Online,
hari ini.
Pusat Penyelidikan Pas (PPP) menyifatkan kenyataan Mahathir yang tidak
memerlukan Pas dalam blok pembangkang menunjukkan 'ketakutan' pihaknya
sendiri.
Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir sememangnya
sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang
rendah terhadap Pas, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Mahathir bimbang dengan pengaruh Pas']
Mengulas lanjut, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi sebelum keputusan mengenai rundingan itu dicapai.
“Kami mahu lihat terlebih dahulu, sejauh mana dasar yang dibawa Pas didukung oleh Bersatu.
“Kita harap ahli Parlimen dalam Bersatu sokong perjuangan akta Rang Undang-undang 355 yang kami bawa,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment