Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA ADA BUKTI BUAT SAHAJA LAPORAN, JIKA TAK DE BUKTI DOK DIAM,

 Bersatu jawab Pas isu skandal babit Tun M
Syed Saddiq Abdul Rahman
Syed Saddiq Abdul Rahman
 
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tiada bukti jelas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal BMF seperti mana didedahkan oleh agensi risikan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya diteliti pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menerusi laporan bertajuk 'The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir? secara sahih tidak menyabitkan mahupun menyatakan Mahathir terlibat dalam skandal tersebut.

"Frasa "circumstancial evidence suggests that the scandal extends to Mahathir's administration" (bukti yang mencukupi menunjukkan skandal meliputi pemerintahan Mahathir) di halaman tiga laporan tersebut dan "thus far no direct links have been established between Mahathir and the corruption at BMF" (sehingga kini masih belum ada kaitan antara Mahathir dengan korupsi di BMF) di halaman empat.

"Ini membuktikan bahawa tiada bukti jelas penglibatan Tun Mahathir Mohamad dan korupsi di BMF," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

"Tambahan pula, skandal tersebut berlaku di zaman Tun Hussein Onn, 1979.

Pada zaman Tun (Mahathir), Tun terpaksa menangani skandal BMF ini bersama sama dengan Tun Daim dengan menjualnya kepada Petronas bagi menyelesaikan masalah ini. Pada masa ini juga, segala siasatan dan dakwaan tidak di masuk campur oleh pihak pihak yang tertentu. 

Sisatan diselesaikan malah tidak dihalang mahupun diberhentikan seperti skandal 1MDB," jelas Syed Saddiq lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan agar satu kertas siasatan ke atas Mahathir dibuka berikutan pendedahan terbaharu oleh CIA melibatkan pelbagai skandal di bawah pentadbiran Mahathir.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, info badan antarabangsa itu tidak boleh dipandang ringan kerana ianya bukan sahaja cantuman daripada begitu banyak kerugian pada masa lalu semata-mata.

Oleh itu ujar, Nurul Islam,  Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti segera bertindak atas maklumat tersebut.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, isu BMF mempunyai jurang yang begitu banyak dengan skandal 1MDB.

"Skandal ini bermula pada tahun 1979-1983 di mana RM 2.3 billion diselewengkan pada masa Tengku Razeleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan (kini: MP Gua Musang), Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan dan merangkap sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri," katanya.

"Mereka termasuklah bekas Pengarah Eksekutif BBMB, Datuk Hashim Samsudin, bekas Pengerusi BBMB Lorraine Esme Osman dan bekas pengarah gantian BBMB, Dr Rais Saniman," katanya.

Namun katanya, "skandal 1MDB baru-baru ini di mana lebih RM2.6 billion diselewengkan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB di mana beliau mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap 1MDB tidak didakwa malah siasatan dalam negara dihentikan. Kes ditutup."

Katanya lagi, ini sangat berbeza jika dibandingkan bagaimana Mahathir dan Najib  mengendalikan dua skandal ini.

"Sebuah Jawatankuasa Penyiasatan Khas (Special Investigation Comittee) telah ditubuhkan dan segala laporan didedahkan kepada orang awam. Akan tetapi skandal 1MDB kerajaan  Najib tidak menubuhkan sebarang Jawatankuasa Penyiasatan Khas  yang bebas daripada selia kuasa beliau.

"Tun Mahathir menyelesaikan skandal ini demi rakyat. Najib mencipta skandal demi kepentingan peribadi beliau dan akhirnya menjerat rakyat Malaysia dalam skandal beliau sendiri," dakwanya lagi dalam kenyataan sama.

Malah Syed Saddiq dengan nada sinis berkata, jika kita mampu mengiktiraf laporan CIA yang jelas tiada mengemukakan bukti terhadap Mahathir, "mengapa pula tidak mahu mengiktiraf sama laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) yang terang-terangan menunjukkan bukti skandal 1MDB?,"katanya.

"Persoalannya, mengapa isu ini dibangkitkan hanya selepas 30 tahun? Biar rakyat yang menilai," akhirinya.

21 orang berkata:

Lan said...

Kes Tun M dah lama sekarang baru kalut nak siasat . Yg kes Najib .....Haram Pemuda PAS buat pekak badak je .....

Anonymous said...

Ko cakap ikut sedap lidah jer...

Anonymous said...

Sembah ayam lg baik kan...
3 mende jatuh murtad walaupun main2...ada faham?

Anonymous said...

Ustaz lim ckp kita org islam zalim2..tapi dia x anti islam tau..syukur dpt ustaz lim

Anonymous said...

Suruh nurul islam buat laporan polis la. Aku sibuk la

Anonymous said...

Dgn laporan nurul islam dan cia ini, aku harap pas tak payah terima bersatu.

Tolonglah...aku nak sangat tengok parti pas pupus kat kelantan. Bagilah parti BN aku mengambil alih kelantan demi kebaikan bangsa, agama dan negeri aku. Aku dah tak larat hidup tanpa kemajuan spt Johor.

Anonymous said...

Ustaz lim pun tak buat tokong kat tanah org melayu. Agaknya sbb dia tahu dosa kottt...heeee

Anonymous said...

Eloklah buat laporan. Rakyat boleh tengok duit masuk kat akaun bank sapa pulak...

Anonymous said...

Errr...ustaz lim tak buat tugu banjir ke? Penang kan byk rezab jalan..kahkahkah "rezab jalan"...

Anonymous said...

Mintak pas buat report pasal bendahara seri wak raja zaman sultan muzaffar syah dulu sekali. Mintak sprm siasat kalu2 hang tuah ada terima rasuah. Hari selasa ni bole la buat repot...hehehe

Anonymous said...

Aku sokong PIGS.
Mudah2an PIGS tekangkang di kelantan.

Anonymous said...

Kpd nurul dol al-untee, Ustat lim tanya, hadis apa yg benarkan parti pas boleh buat masjid, bangunan parti dan tugu di atas tanah org lain tanpa kebenaran??

Anonymous said...

Untongggggg laaa. Tanah harga 1.5 juta bole beli 300K je!!! Wakakakakaka

Anonymous said...

Masa jadi gabnor dulu tak nak buat report polis walaupun tahu ada penyelewengan. Ini pun tak betul. Tak amanah. Sembunyikan penyelewengan. Bila dah tak ada jawatan dan kuasa baru nak tunjuk baik......

Bersubahat sembunyikan bukti pun dosa jugak la dol

Anonymous said...

Kenapa dia tak buat report polis?

Anonymous said...

Iklan:
Lamb chop rm43.00
Nasi arab rm18.00
Lobster keju rm180.00
Chicken chop special rm24.00
Dan lain-lain

Joe paradise putrajaya

Anonymous said...

Sapa berjuang untuk rakyat marhaen kita akan sokong. Sapa jual agama kita akan ludah

Anonymous said...

Hj lebai dol al-malangi,

Tuan, 40 MP tu boleh kita dapat kalu pigs sudah boleh terbang dan pinggang badak air sudah ramping 34cm.

Kalu tikus boleh terbang, tau gajah boleh bertelor, maka kita mungkin boleh dapat 4 MP.

Harap maklum tuan.

Anonymous said...

Khir toyo misti tension

Anonymous said...

Hj dol alkontoli

Anonymous said...

90juta dedak apa kes..lebai setan punya kes..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.