Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA PARTI BAWA VIRUS

Bukan sayang BN tapi Amanah dan DAP puncanya
Datuk Iskandar Abdul Samad
Datuk Iskandar Abdul Samad

PUCHONG – Ketidakhadiran pimpinan parti Pas pada Majlis Pelancaran Bersatu di Stadium Malawati, malam Sabtu lalu bukan disebabkan sayang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ingin bersekongkol dengan parti itu.

Sebaliknya, keputusan dibuat disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada majlis tersebut.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran parti Bersatu.

Iskandar berkata, pihaknya kecewa pelbagai tuduhan dan dakwaan dilempar kepada Pas kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk mengatakan ia seolah-olah menghina Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti-parti pembangkang lain.

“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain, saya dapat tahu Tun M mengatakan Pas seolah-olah hanya berpura-pura melawan Umno dan nak pecah-belahkan undi supaya BN menang.

“Tun tak patut katakan demikian kerana ahli Pas dah banyak jadi mangsa kezaliman Umno dan BN,” katanya.    

Beliau berkata, Pas ketika ini bertempur dengan Umno dan BN di semua peringkat.

“Kita memang ada pertempuran sekarang ini… memang berlaga dengan Umno di semua peringkat.

"Jadi tak betullah jika katakan Pas tak hadir ke majlis pelancaran kerana nak adakan kerjasama politik dan sebagainya dengan BN. Ketidakhadiran kami hanyalah perkara kecil,” katanya.

Iskandar berkata, Pas tiada masalah untuk menjemput pemimpin parti itu untuk bersama-sama dalam program dianjur mereka.

"Kita pernah jemput, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program dianjur dan bakal mengadakan program bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam masa terdekat.

“Kita tiada masalah dari segi hubungan dengan Bersatu, jadi tidak betul dakwaan dilempar kepada kami.

“Mereka yang tuduh kami sayang BN dan Umno perlu kaji semula sejarah politik Malaysia, lihat apa yang dilalui Pas, memang kita tak akan lupa apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Betul tu pak karam. Dua parti virus tu Umno dan Pas. Hapuskan dua2 ni utk selamatkan Melayu dan Islam.

Anti Ponteng said...

dimana amanah dan dap berada, disitu pas alergik nk pergi.

bykkan amanah dan dap.. maka pas akan menjauhkan diri.

biasanya yg menjauhkan diri ini org yg bersalah.

Anonymous said...

Dlm kerajaan selangor..boleh pulak nkau duduk..dasar lebai bangsat..

Anonymous said...

Klu x sayang umno masakan sanggup berUG, berpimpin tangan dan berpeluk2 sedondon??

Ishhh....mengarut la pak karam ni.
Sekilas ikan di air kita dah tau jantan betina!! Heeeeee

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.