Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Katun punya berita, tetiba MCA tersenarai, tetiba berita tahun 09 dah nyanyuk ?

'Bukan DAP minta jawatan, tetapi MCA'
Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Menerusi tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memperbetulkan kenyataan berhubung dakwaan DAP meminta dilantik jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri. Saya ingin betulkan kesalahan itu, bukan DAP, sebaliknya  MCA,” jelas beliau dalam blognya.

Sebagai bukti, Mahathir turut memaparkan satu laporan daripada Jabatan Penerangan Malaysia bertarikh April 2009, yang memaklumkan bahawa Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan 'perkongsian kuasa sebenar'.

Dalam kenyataan itu, Yuen Yow berkata, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasi konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan beri kepentingan terhadap peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang PRU14.

Menurutnya, DAP tidak pernah membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak termasuk Mahathir dan tidak pernah membuat apa-apa tuntutan untuk jawatan berkenaan.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Untaa pas fitnah Tun nyanyuk pulak dah.... Terbaiklah. Pas memang kaki fitnah terbaik ker?

Anonymous said...

Mudah2an Pas kalah dan Kelantan jatuh ke tangan Amanah. Amin ya Rob

Anonymous said...

Sila baca portal kementerian penerangan april 2009. Siapa mintak jawatan tpm?

Kahkahkah...sila baca milo suam. Heeeeee

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.