Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA AZMIN ALI ANGGAP PAS SEBAGAI KUKU BESI MAKA AZMIN BOLEH KELUAR DARI IKATAN PAS

JIKA AZMIN ALI ANGGAP PAS SEBAGAI
KUKU BESI MAKA PKR BOLEH
TINGGALKAN PAS,
 
PAS PUN DAH LAMA NAK TINGGALKAN
PKR, NAK TENGOK NANTI SIAPA 
YANG KECUNDANG,
 
AZMIN JANGAN PANDAI CAKAP SAHAJA
KALAU ANGGAP TAK SESUAI LAGI
MAKA ITU ADALAH MENGGEMBIRAKAN
AHLI-AHLI PAS
 
PKR BOLEH BLAH BERSAMA
KUMPULANNYA
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Kerjasama gagal jika ada pemimpin 'kuku besi'
Azmin Ali
Azmin Ali
KUALA LUMPUR - Kerjasama politik antara pembangkang akan gagal jika pemimpinnya bersikap kuku besi, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
     
Beliau berkata, sikap sedemikian tidak menggambarkan proses demokrasi.   
  
"Kalau (pemimpin) paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita pada satu majlis di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dekat sini, hari ini.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, parti itu mahu menamatkan rundingan dengan Pas kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjasama dengan DAP.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula sebelum ini dilaporkan 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan kerjasama politik dengan Pas supaya mengikut rentak mereka.

Ini kerana Pas sudah bertapak lama dalam arena politik termasuk jatuh bangun yang tidak pernah dirasai parti lain, kata Hadi.

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, dalam reaksinya kepada perkembangan itu berkata terdapat keperluan untuk meneruskan proses rundingan di kalangan parti-parti pembangkang untuk terus kekal relevan.

Pas dilihat akan terumbang-ambing tanpa sokongan parti-parti pembangkang yang lain jika Bersatu menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah, yang dijangkakan tidak lama lagi. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

Tak sabar rasanya tengok parti syiah kecundang dlm pru14

Anonymous said...

Bila parti ajaran syiah nak berambus dari Selangor?

Anonymous said...

Kuasa skrg ditangan Azmin,pecat saje laa exco PAS...habis cerita.Tapi knp Azmin tak buat? Fikir laa dgn bacaan politik mating.

Anonymous said...

Gantilah dgn exco PAN ke DAP ke....

Anonymous said...

Azmin cth ketua yg baik dan ikut ajaran Islam. Bkn senang2 nak halau dan pecat org mcm yg parti lebai buat.

Kalu exco2 Pas tau malu dan ada maruah mrk sendiri akan letak jawatan dan berambus dari kerajaan Selangor secepat mungkin. Cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Kalau PAS Ltk jawatan ...siapa yg brani tegur Kerajaan Selangor...terutama berkaitan agama Islam.
#campurtangan siapa kitab Bible masuk di Kluang
#Camputangan siapa yg gagal halang penjualan Arak di pasar Raya & kedai sebaneka di kawasan orang melayu.

Unknown said...

#Klang

Anonymous said...

Sejak Pas ada dlm kerajaan Selangor apa yg Pas berjaya buat? Dah tutup ke kilang besar carlsberg? Dah tutup ke pusat2 hiburan? Nampak sama je takde yg berubah pun. Ini semua pasal fulussss..sbb tu taknak blah.

Jgn belit2 bagi alasan. Kalu Pas ada maruah dan rasa malu lebih baik letak jawatan dan berambus dari Selangor. Dari terus melutut jd barua PKR, DAP dan AMANAH. Cakap tak serupa bikin parti lebai penunggang agama ni.

Anonymous said...

Knp harap Pas tegur kerajaan Selangor? Kita ada sultan yg jd ketua agama negeri. Lebai2 Pas sendiri tak berani tegur isteri sultan yg tak tutup aurat. Apalagi isteri PM, Rosmah.

Parti lebai jual agama cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Kuasa utama dok dkt MB la hoi....Siapa yg baruua/ siapa yg melutut skrg...PAS dah tegur dah...yg bagi hidayah bkn PAS tapi Allah...Kalau tak ada PAS dlm kerajaan Selangor..DAP paling seronok.Bebas .Yg lain boleh cucuk hidung kecuali PAS

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.