Mana boleh ikut dasar satu parti saja!
Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Sukar untuk mana-mana parti pembangkang mengadakan
kerjasama dengan Pas sekiranya dasar serta matlamat perjuangan hanya
berasas dan berpandukan satu parti sahaja, kata Parti Amanah Negara
(Amanah).
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kerjasama dalam
pakatan pembangkang diasaskan oleh persetujuan untuk memperjuangkan
sesuatu dasar bersama.
Tidak mungkin bagi mana-mana parti dalam pembangkang untuk duduk dan bersetuju begitu sahaja dengan syarat yang diletakkan Pas.
"Kita mahu wujudkan pakatan pembangkang yang boleh berkongsi beberapa
isu penting yang melibatkan negara dan rakyat. Mana boleh ikut dasar
satu parti sahaja!
"Dalam mana-mana pakatan politik di dunia, walaupun parti itu
mempunyai satu pegangan atau ideologi tersendiri, kita harus berjiwa
besar untuk berkongsi beberapa dasar umum," katanya kepada Sinar Online,
hari ini.
Mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu
telah lama bertapak dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik,
berbanding parti pembangkang lain.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ikut cara Pas jika mahu bekerjasama]
Menurutnya lagi, Pas sepatutnya mengutamakan kepentingan negara dan
rakyat terlebih dahulu sebelum mengambil kira 'cara' yang diperjuangkan
oleh parti itu.
"Kita membentuk kerjasama, dengan dasar dan matlamat yang dipersetujui
bersama demi mengembalikan kemakmuran ekonomi, perangi gejala rasuah dan
ubah beberapa agensi negara.
"Ini adalah ideologi yang kita kongsi bersama, persetujui dan
tandatangani. Kalau itu sikap Pas, maka sukar bagi pembangkang untuk
kerjasama," katanya lagi.
7 orang berkata:
Pas Ikatan Gagasan Sejahtera {PIGS} ialah blok pembangkang ketiga.
Hak cino nk jd tpm...nak iktiraf uec...lgbt...tang tu kene jaga...hormati
HK org islam....ooooo jgn sekali
Pok kera mu jual islam..dpd hudud jadi ruu
PADA AKU PAS NI SYIAH...
Bukan hak org Islam tapi hak lebai hadi
Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Parti Ajaran Syiah..PAS
Post a Comment