DAP jadi TPM: Melayu tetap kena bimbang
SHAH ALAM - Masyarakat Melayu di negara ini perlu berasa bimbang
sekiranya hasrat DAP untuk meletakkan wakil mereka sebagai Timbalan
Perdana Menteri tercapai.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata,
rekod lalu membuktikan bahawa parti itu, bukanlah sebuah parti yang
boleh 'ditumpang untuk berteduh' oleh semua rakyat Malaysia, khususnya
orang Melayu.
"Ini bukan soal perkauman atau untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi
jika wakil DAP jadi Timbalan Pedana Menteri, saya bimbang akan memberi
kesan kepada masa depan orang Melayu," katanya dipetik dalam blog Umno
Bahagian Cheras.
Dakwa Syed Ali, teras perjuangan DAP hanya mengutamakan kepentingan
satu kaum sahaja dan selama ini parti itu membuktikan mereka tidak
pernah berasa senang dengan kedudukan orang Melayu.
Syed Ali berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaharu
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengesahkan DAP
hanya meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan
berjaya menguasai Putrajaya.
Pengerusi Bersatu itu dipetik sebuah portal berita sebagai berkata, DAP
mahukan jawatan tersebut manakala jawatan Perdana Menteri kekal kepada
orang Melayu.
Dalam pada itu, Syed Ali memperingatkan orang Melayu supaya teliti dalam hal ini.
"Sekarang DAP tuntut kerusi TPM, jadi orang Melayu terutama yang pro-pembangkang perlu mengambil peringatan dan berwaspada.
"Jangan nasi sudah menjadi bubur, baru nak menyesal," ujarnya.
8 orang berkata:
Lebih tau dari gabungan PH, mesti ada ilmu pirasat yang tinggi. Atau ilmu fitnah penuh di dada.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 6 angka [817118] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 2 JUTA RINGGIT , wassalam.
Hahahaha
Kalu dpt pm yg kaki cilok lagi teruk..
Kan bro!
Klu lebai dol jadi pm, sotong turun harga. Sapa untung? Rakyat jugak untung kan kan kan
Aku lepas pru 14 kelantan tergolek baru aku merdekaaa
sekarang baru ali habshee nak bersuara....kenapa tak dari dulu...hanya sekarang bila org melayu sudah mula berpaling kepada pembangkang baru korang mula gusar...baru korang mula bimbang...itu pun bukan kerana takut cina jadi tpm...sebenarnya korang takut peluang korang buat keuntungan tertutup....
coba korang tanya balik...selama ini siapa yang buat bagi org melayu berpaling ?...waktu kedudukan korang selesa diatas korang langsung tak tunduk kebawah...hanya sekarang korang baru terasa yang korang ini sebenarnya melayu...
lagi satu jgnlah ali habshee gusar sanngat pasal dap...umno sepatutnya lebeh gusar dengan dua parti komponen cina mca dan gerakan yang ada dalam bn...dan satu parti india mic...pakatan rakyat hanya ada 1 parti milik cina dap...tetapi bn ada 3...
umno tidak sedar mca dan gerakan yang sebenarnya perlu dijaga..diawasi...kerana dua parti inilah sebenarnya yang menjadi duri dalam daging...dan gunting dalam lipatan buat umno dan bn...sebab itu ada sesetengah kes rahsia kerajaan mudah bocor..mudah disebarkan...kepada pembangkang...siapa tahu ada ahli mca dan gerakan itu sendiri yang mrmbocorkan rahsia kepada dap..umpama telunjuk lurus kelingking berkait...
lihat saja pru lepas...tak satu pun wakil mca dan gerakan menang bertanding dikawasan mereka,,,kenapa..????? berkemungkinan semua ahli mca dan gerakan mengundi dap...kita kena faham satu...org cina ni semangat perpaduan kaum mereka kuat...mereka tidak ukur soal parti..mereka ukur bangsa...bukan mcm melayu...rapuh perpaduan...
pernah ke kita dengar mca,gerakan bertelagah atau bercakaran dengan dap?..sedangkan mereka berlainan parti...setahu aku tak pernah...kalau ada pun boleh dibilang...itupun soal kecil..
sepatutnya ali habshee dan team perlu juga membuka mata...takut kalau kalau...mca dan gerakan sebenarnya menjadi khinzir tunggangan dap...mca dan gerakan akan meminta peruntukkan untuk memajukan kawasan masing2..bukan sedikit berjuta juta...dengan alasan untuk mengambil hati pengundi cina dikawasan masing2...sedangkan jelas kawasan tersebut telah pun dimenangi wakil dap...jadi apa faedahnya peruntukkan berjuta juta tu...tidak mustahil calon dap yang menang tu mentadbir kawasannya menggunakan duit bn...hanya kerana ali habshee dan team terlepas pandang..akhirnya ayam terlepas tangan bau tahi....andai ini yang benar terjadi...wahai ali habshee...siapa yang sebenarnya bersalah....? rakyat melayu atau pemimpin rakyat melayu ?
ooi ibu rasia...kau sembah saja datok ibrahim kau tu...berani kau menyebut nama ALLAH...mmg kau ini hamba yang ALLAH akan laknat...munafik...musyrik...tak bau syurga hamba yang melakukan syirik...manusia laknat.
Ayat sama diulang2..confirm nk dekat pru dah..
Post a Comment