Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ELOKLAH PENGUNDI CINA JANGAN KELUAR MENGUNDI

Bimbang pengundi Cina tidak keluar undi
Bimbang pengundi Cina tidak keluar undi
Gambar hiasan
 
PKR mengakui Pakatan Harapan akan menghadapi dua cabaran besar pada PRU14  iaitu berlakunya pertandingan tiga penjuru dan bimbang tidak ramai pengundi Cina keluar mengundi.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, PKR bimbang pengundi Cina kini sudah bersikap dingin terhadap politik tanah air dan tidak lagi menggalakkan, berbanding dua PRU sebelum ini.

"Pengundi Cina dilihat seperti 'putus asa' dan mungkin tidak mahu keluar mengundi lagi. Sekiranya undi Cina berkurang lima hingga 10 peratus, ia pasti akan mengubah keadaan politik negara dan mungkin akan menyebabkan Pakatan Harapan kalah lebih 10 kerusi," kata Tze Tzin kepada Sin Chew Jit Poh.

Naib Presiden PKR, Tian Chua turut setuju dengan pandangan sama, dan percaya sekiranya berlaku keadaan itu, ia tidak akan memihak kepada Pakatan Harapan.

Menurut Tian Chua, selain PKR, Bersatu juga sedang mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai pengagihan kerusi dalam usaha mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

 Jumlah dagangan Malaysia-China meningkat

Hubungan antara Malaysia dengan China semakin dipererat apabila sektor perdagangan dan pelancongan menunjukkan peningkatan  yang    menggalakkan.

Menurut Duta China di Malaysia, Huang Huikang, jumlah dagangan antara Malaysia dan China pada Disember tahun lalu telah mencecah USD988 bilion (RM4,250 bilion), lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Huikang menaruh penuh keyakinan hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan apabila selesainya lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan rombongannya ke China, baru-baru ini.

"Dari segi jumlah pelancong China ke Malaysia turut mencatatkan peningkatan, iaitu mencecah 2.2 juta orang tahun lalu," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Hahaha...
Sejarah pru menunjukkan peratus tertinggi keluar mengundi bukanlah org melayu tetapi org cina. Mereka boleh menentukan corak pemerintahan negara. Wang manyakk maa.

Dgn wang, cina boleh menjatuhkan umno dan pas. Apatah lagi kpd kaum yg aktif dedak....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.