Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NILAI RINGGIT NAIK SIKIT

Tuan Ibrahim: Harga minyak

February 1, 2017



Harga minyak

Nilai Ringgit terhadap USD naik sedikit di bulan Januari 2017. Harga minyak sedunia pula kelihatan stabil sekitar USD55 setong.



Mengapa harga minyak negara naik sebanyak 20 sen di bulan Februari?

Sebagai kerajaan, ia perlu memahami bahawa setiap keputusan yang dilakukannya akan membawa impak.



Nilai Ringgit yang lemah telah menyebabkan kos harga barangan naik mendadak. Semua yang bekerja mengharapkan kenaikan gaji dan bonus untuk menampung kos tambahan ini.



Para peniaga kecil-kecilan, sederhana mahupun pengusaha sendiri juga mengharapkan penambahan pendapatan untuk menampung kos yang meningkat.



Kini, kos yang meningkat itu bukan sahaja disebabkan nilai Ringgit yang rendah malah disebabkan harga petrol domestik yang tinggi yang bakal meningkatkan kos pengangkutan. 


Tidak hairan kalau kumpulan peniaga ini terpaksa mengambil keputusan untuk menaikkan harga jualan mereka.



Tapi jika semua pihak inginkan penambahan pendapatan (ini bermakna kos perniagaan pada puratanya akan meningkat), siapa pula yang sanggup turunkan harga hanya kerana harga minyak menurun?



Ramai yang berkata harga barangan perlu menurun sejajar dengan trend kejatuhan harga minyak. Tapi realitinya, ini tidak akan berlaku. Siapa yang sudi pendapatannya dipotong?


Lihatlah pada tambang bas, bas sekolah, pengusaha pengangkutan swasta mahupun pengangkutan awam, penjual makanan dan barangan – ada siapa yang berdiri keluar untuk menyatakan mereka akan menurunkan harga servis dan produk mereka sejajar dengan penurunan harga minyak?



Impak daripada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak hari ini sebanyak 20 sen hari ini tidak dapat dikurangkan dengan penurunan harga minyak di bulan-bulan akan datang.


Apabila harga barangan dan servis dah naik, ia agak mustahil untuk diturunkan semula walau apa sebabpun kerana ia berkait rapat dengan gaji dan pendapatan orang-orang tertentu.



Oleh itu, sejak awal-awal lagi, ramai yang menyuruh kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya kerana ia membuka peluang kepada kenaikan harga barangan dan servis secara keseluruhannya yang tidak dapat dinyahkan apabila harga minyak kembali turun.



Tahun 2017 yang mencabar ini kini menjadi lebih mencabar bagi rakyat kerana kerajaan yang tidak prihatin kepada kesusahan rakyat hari ini.



Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1 Februari 2017

3 orang berkata:

Anonymous said...

Sibuk dgn ruu yg tak wajib, lupa kesengsaraan rakyat.

PAK SUKIMAN said...

saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran TOTO DAN MAGNUM
angka yang di berikan waktu itu 4D yang nombor 1
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

IBU SARTIKA said...

Terima kasih pak sukiman atas informasi nya. Karna berkat pesan bapak. Saya menghubungi beliau dan alhamdulillah saya di bantu dan di berikan nombor Toto.4D alhamdulillah tembus sekali lagi terima kasih pak. Sukiman.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.