Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK KERJASAMA ? BOLEH ! TAPI IKUT CARA PAS, KALO TAK MAHU ? KITAPUN TAK HINGIN. STOP .

Ikut cara Pas jika mahu bekerjasama
Ikut cara Pas jika mahu bekerjasama
Abdul Hadi menampal pelekat ‘Pas Pilihanku’ pada motosikal selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda, semalam.

SHAH ALAM – Mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan Pas, perlu mengikut cara Pas.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu telah lama bertapak  dan melalui pengalaman jatuh bangun dalam politik, berbanding parti pembangkang lain.

“Kita parti  paling lama dalam kalangan parti itu, sejak 1950-an lagi. Kita mengalami rebah bangun.

“Parti lain tidak pernah mengalami pengalaman ini. Kita alami, sebab itu orang lain tak boleh nak ajar kita dalam politik. Kita lebih matang daripada orang lain.

“Mereka kena ikut Pas kalau nak bekerjasama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda, di sini, semalam.

Katanya, parti pembangkang lain tidak boleh memandang ringan terhadap Pas dan menjadikan mereka sebagai ‘anak tangga’ untuk menang PRU14.

“Kalau mereka tahu kekuatan Pas, mereka tak boleh pandangan ringan terhadap Pas. Pas tidak boleh jadi anak tangga untuk naik sahaja. Tak boleh,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan rundingan Pas bersama Bersatu, Abdul Hadi berkata, Pas belum bersedia kerana terdapat sikap tertentu dalam parti pembangkang yang tidak digemarinya.

“Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak bertembung, itu boleh dibuat. 

Kerjasama bersifat politik masih terlalu jauh dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka, dalam keadaan DAP yang bersikap cauvinis dan Amanah yang lebih oportunis,” katanya.

Menurutnya, Pas terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO, mahupun parti politik untuk menghadapi PRU14 kecuali dengan Amanah.

“Perundingan (kita terbuka) sepanjang masa. Pas boleh buat rundingan termasuk sesiapa sahaja, termasuk NGO. Kita parti terbuka, matang, sejahtera. Apa pun keputusan akan berbalik pada pimpinan kita.

“Kecuali Amanah dulu meninggalkan kita, jadi tak perlu lah kita berunding,” katanya.

Disoal bila waktu sesuai untuk Pas dan Bersatu mengikat kerjasama, beliau berkata, dalam politik tidak ada sesuatu muktamad.

"Kawan boleh jadi musuh, musuh boleh jadi kawan,” katanya.

2 orang berkata:

Fikah shaari Germany cap & small totey said...

Ikut cara mung habis la parlimeng kosong. Semua ikut mung poteng gi candat ikang belukang...ptuiiing

Anonymous said...

Mudah2an Pas kalah dan Kelantan jatuh ke tangan Amanah. Amin ya Rab..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.