Jawatan TPM: Andai khabar angin benar...
SHAH ALAM – Pusat Penyelidikan Pas (PPP) melahirkan kebimbangan
terhadap khabar angin kononnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
telah mengadakan persetujuan dengan DAP untuk menyerahkan jawatan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti tersebut.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata,
sekiranya khabar angin itu benar, hasrat Pas untuk menjalinkan kerjasama
dengan Bersatu tidak akan diteruskan.
Malah, katanya lagi, ia akan merencatkan siri pertemuan antara Pas dan Bersatu untuk menjalin hubungan kerjasama.
“Perkembangan terbaru ini sememangnya mengejutkan. Buat masa ini, Pas
sama ada melalui Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa Kerja Pas
Pusat, belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu.
“Yang ada ketika ini hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama
untuk menerokai dan menjalin hubungan tersebut,” katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Khabar angin pakatan sulit Bersatu dan DAP untuk menyerahkan jawatan
Perdana Menteri kepada Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir dan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Penasihat DAP, Lim
Kit Siang mula bertiup sejak 31 Disember lalu.
Mengikut pakatan tersebut, Kit Siang juga dikatakan akan menjadi Menteri Kewangan.
Dakwaan itu mulai memperlihatkan kebenarannya apabila Presiden
Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui DAP memang meminta
jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataannya yang disiarkan
oleh portal berita tempatan, semalam.
“Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi
DAP jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, kami yakin
akan menutup terus ruang kerjasama antara Pas dan Bersatu.
“Kami juga yakin seluruh pimpinan dan ahli Pas akan menentang keras
sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat
jawatan-jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Kewangan,” katanya lagi.
12 orang berkata:
Bila khabar angin dijadi sumber, maka fitnah sudah mula menjadi fakta. Adakah ini yang kita semua mahukan untuk memasti survival politik diteruskan?
Anon 9.22AM,
Maafkanlah Zuhdi pemakan dedak dan maafkanlah pak karam buta kayu ni, dia cuma copy n paste saja.
pak zuhdi dapat jugak persen dari rm90juta. pak karam dapat berapa persen?
Rosak jemaah.....khabar angin pun dijadikan sumber..
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 6 angka [817118] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 2 JUTA RINGGIT , wassalam.
FUHHH....
ISLAM SURUH JGN MAIN DGN FITNAH DAN KHABAR ANGIN. TAPI DALAM AGAMA PAS BOLEH
Nak tanya.
Penjawat awam di ipta boleh pegang jawatan penting dlm parti pas tak?
Hahaha....ini ada dalam hukum walharamu walhalalku
Tanda2 nak tergolek dog ialah bila ulamak dah sebar fitnah.
Woi bangang..kan tun m dh jawab..mca yg mintak jawatan tu kat umngok..yg beratus ribu cina tanah besar masuk johor..apa cerita..salah dap jugak ke..
Sejak makan duit haram 90juta..cakap pun merapu..dasar lebai bangsat
Prinsip PAS..walharammu makan sorang..walhalalmu makan dgn kitorang..
Tu lah standard wakil2 PAS...
Post a Comment