Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERANI MEREKA BUAT CAM TU ?

View Image
April 23, 2011
PEKAN, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berkata setiap projek yang diberikan kepada kontraktor adalah berdasarkan kualiti dan kemampuan mereka dalam melaksanakan sesuatu projek.

“Jadi, tak perlulah melobi, ini ada yang sanggup tunggu saya kat lapangan terbang...,” kata beliau dipetik laporan Bernama Online hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Pahang di sini, hari ini.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kontraktor di negara ini perlu mematuhi tiga ciri penting dalam usaha memastikan setiap projek pembangunan terutamanya untuk kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Najib berkata tiga ciri penting itu ialah berkaitan kualiti kerja, pelaksanaan projek mengikut jadual dan mematuhi bajet yang ditetapkan.

“Berdasarkan tiga kriteria ini, mereka mesti menguruskan projek dengan sebaik mungkin, saya sarankan pentingnya keilmuan dan kemahiran (dalam) menguruskan projek daripada (peringkat) mula.

“Mereka juga perlu menetapkan harga menguruskan projek, misalnya daripada bahan binaan dan kerja dan dari segi pemantauan dan sebagainya dalam menambahkan lagi kecekapan menguruskan projek,” katanya.

Mengulas mengenai projek-projek terbengkalai, Najib berkata perkara itu mungkin disebabkan faktor-faktor luar kawalan kontraktor terbabit.

“Kita nak tengok berdasarkan ketiga-tiga (ciri) ini, (tetapi) ada kalanya disebabkan faktor di luar kawalan kita misalnya dua tahun dulu harga bahan binaan naik mendadak, saya tak salahkan kontraktor dalam keadaan luar biasa, tapi saya sebut ini, dalam keadaan tidak ada faktor luar biasa, kita mesti tambah kemampuan dan kecekapan kita dalam menguruskan projek,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.