Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hukuman sudah ada, kes pula dibicara semula ?

Polis: Siasatan fokus empat nama disebut Raja Petra

April 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 April — Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah

Turut disiasat editor Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya Jun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Dipetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah Kolonel Azmi iaitu bekas pegawai risikan ATM, penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang masing-masing dari pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan maklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

“Sebaik keterangan Raja Petra diambil,  polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit),” kata beliau.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra di Bangkok untuk mendapatkan kenyataannya.

Bagaimanapun mengikut tulisan Raja Petra dan peguamnya Haris Ibrahim semalam, kenyataan dimaksudkan belum diambil memandangkan beliau tidak mahu bertemu anggota polis di Kedutaan Malaysia di Bangkok.Pihak polis mahu mengambil kenyataan Raja Petra di Kedutaan Malaysia.

Laporan itu menyebut sebelum ini polis sudah merekod keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai pembabitan mereka menyalur maklumat kepadanya supaya membuat akuan bersumpah Jun 2008, mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

Menjawab soalan sama ada Raja Petra akan ditahan jika pulang ke Malaysia, Khalid enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana ia belum dilakukan dan berlaku.... kes sedang disiasat dan biar polis menjalankan siasatan secara terperinci.

“Berapa ramai yang sudah diambil keterangan dan akan diambil keterangan juga tidak perlu tahu kerana itu kerja polis... cukuplah, saya tidak mahu mengulas lanjut perkara itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.