Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dr Ling ‘derita’ kerana bicara kes PKFZ asyik ditangguh

TERKINI @ 11:25:26 AM 03-05-2011
May 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Mei . — Tun Dr Ling Liong Sik yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini secara terbuka berkata tidak harus ada sebarang kelewatan dalam perbicaraan sehingga menyebabkan tertuduh ‘menderita’.

Justeru, bekas menteri pengangkutan ini menuding jari ke arah Jabatan Peguam Negara atas penagguhan terbaru kes beliau sehingga awal Ogos ini.

Dr Ling (gambar), 67, bekas presiden MCA mendakwa ketidakcekapan agensi itu tidak sewajarnya menyebabkan pihak lain menderita.

“Anda tidak boleh membiarkan seseorang itu menderita hanya disebabkan anda tidak cekap,” kata Dr Ling kepada pemberita di pekarangan mahkamah hari ini Kesnya ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dari pasukan pendakwaan berkata, pihaknya telah mengenal pasti 23 dokumen mesyuarat Kabinet, bertarikh antaar 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007, tetapi memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada pelbagai kementerian bagi mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkenaan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang tidak puas hati dengan hujah itu mengingatkan pasukan pendakwaan bahawa penagguhan kali ini adalah yang terakhir.

“Sembilan bulan sudah berlalu. Saya kecewa (pasukan) pendakwaan belum bersedia lagi, sembilan bulan dan mereka masih belum dapat membekalkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk membela diri saya.

“Apabila kali pertama saya dituduh Julai tahun lalu, saya dikenakan tuduhan yang dirangka dengan baik... saya fikir mereka mempunyai dokumen-dokumen yang (mereka gunakan) untuk mengenakan tuduhan,” kata Dr Ling.

Dokumen-dokumen itu termasuk minit mesyuarat Kabinet, jawatankuasa Kabinet dan pasca-Kabinet mengenai projek PKFZ diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dokumen-dokumen itu akan dikeluarkan pada pertengahan Januari 2011.

“Saya percaya saya tidak bersalah dan saya mahu menghadapi kes ini untuk membersihkan nama saya,” kata Dr Ling.

Pada 30 November lalu, kes Dr Ling dpindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari Mahkamah Sesyen.

Ketika itu beliau juga berkata mahu mempertahankan dirinya dan mahukan satu perbicaraan yang cepat.

Beliau menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

a) saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

b) harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;

c) tempoh pembayaran balik berdasarkan “pembayaran tertangguh” 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

Dr Ling dituduh menipu Kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong Kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan Kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Dr Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Dr Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 September dan 6 November 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Dr Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.
Dr Ling juga menghadapi satu pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.