Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAF: Kami makin yakin Umno jelas ‘absahkan fitnah bunuh lawan’

June 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Saf Anti Fitnah (SAF) menyambut baik kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi pertubuhan bukan kerajaan itu semakin yakin Umno nampaknya jelas “mengabsahkan fitnah” sebagai cara menjatuhkan lawan.

“Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

“SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno,” kata Pengerusi SAF Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.
Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata.

“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau.

“ Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.

Selain Nasrudin, panel wacana itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno dan BN Khairy Jamaluddin dan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Justeru soal Mohd Azmi, “adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?”

“Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
 
“Dengan sebab itu kami sangat mengehendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

“Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa,” katanya lagi.
Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

“Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri,” kata Mohd Azmi lagi.
  “Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

“Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

“Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas,” katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.