Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahkamah arah Utusan bayar bonus 2009

May 27, 2011
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Mahkamah Perusahaan mengarahkan Kumpulan Utusan membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 2009 kepada kakitangannya yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ).

Dalam keputusan dibuat Selasa lalu, Mahkamah Perusahaan memutuskan syarikat milik Umno itu agar mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama. “Mahkamah mengarahkan agar responden mematuhi artikel 44 Perjanjian Bersama.

“Oleh itu, (memandangkan) respoden (Utusan Melayu (M) Berhad) telah membayar ex-gratia satu bulan, ia boleh memotong jumlah yang telah dibayar daripada dua bulan bonus, yang ia perlu bayar kepada pekerja-pekerjanya bagi 2009,” kata deklarasi keputusan yang dibuat oleh presiden mahkamah Susila Sithamparam.

Artikel 44 Perjanjian Bersama menyebut bahawa “bayaran bonus dua bulan hendaklah merupakan satu ikatan bagi syarikat mengeluarkannya untuk para pekerja tiap-tiap tahun, jika syarikat mendapat keuntungan dalam tahun yang berkenaan.”

Pada 2009, Kumpulan Utusan, yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo! mencatat keuntungan sebanyak RM5.1 juta.

“Selari dengan peruntukan-peruntukan (Akta Syarikat), responden telah mengisytiharkan bahawa keuntungan kumpulannya adalah sebanyak RM5.121 juta, berdasarkan penyata akaun yang diaudit, dalam Laporan Tahun 2009.

“Responden tidak boleh lari daripada fakta bahawa ia adalah syarikat pemegangan dan mempunyai anak-anak syarikat.

“Mahkamah berpegang pada perkataan keuntungan dalam artikel 44 Perjanjian Bersama bermaksud keuntungan yang dibuat sebagai syarikat pegangan pada 2009,” kata presiden mahkamah lagi.

Oleh kerana NUJ telah membuktikan yang syarikat itu telah mencapai keuntungan, katanya, maka mahkamah mengarahkan responden mematuhi artikel dalam perjanjian bersama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.