Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penyakit selepas menang



ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru ahli PAS untuk terus berperanan memperkasakan parti walaupun telah memerintah.

Menurutnya, ketika ini wujud pelbagai pandangan di kalangan ahli yang tidak lagi melaksanakan pengorbanan sepertimana dahulu atas alasan sudah menjadi kerajaan.

“Sebelum menang, kita bermuhasabah, merancang strategi perkasakan parti untuk memerintah. Bila memerintah, kita ada banyak agenda termasuk tentang perkara yang akan dibuat kepada masyarakat,” terangnya pada Ijtimak PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini 21 Mei lalu. 

Ujar beliau, ahli PAS perlu memahami PAS sebagai sebuah gerakan Islam, bukan parti politik semata-mata. 

Katanya, PAS dahulunya telah diusahakembangkan oleh para ulama yang berjuang hingga PAS kemudiannya dikenali sebagai parti politik.

Oleh itu, peranan ahli pada masa ini adalah terus memperkasakan PAS dengan melangsungkan agenda tarbiah.

Menyentuh pelbagai cabaran di era kemenangan ini, beliau menukilkan ingatan Baginda Nabi SAW bahawa penyakit umat Islam di kala kemenangan sering berhubung soal kebendaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli PAS agar merenung semula tujuan perjuangan ini sebagaimana dapat difahami dari kisah pembahagian ghanimah Perang Hunain.

Ustaz Azizan juga dalam ucapannya berharap agar ahli PAS bersama memahami kekangan dalam pelaksanaan-pelaksanaan di peringkat kerajaan dan perlu sabar untuk mencapai kejayaan.
Beliau turut menyeru ahli PAS bekerja keras mempertahankan kerajaan ini kerana sekiranya diambil alih Umno, maka segala yang sedang berjalan akan terbantut. 

Ujarnya, di pihak beliau dan barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah akan berusaha memperbaiki perjalanan kerajaan. 

“Kita sudah berada di landasan kita, perjuangan mesti diteruskan, PAS tetap PAS (sebagai sebuah gerakan Islam),” ujarnya menjernihkan roh perjuangan.

Terdahulu, dalam perbahasan perwakilan dewan dan kawasan seluruh Kedah itu, beberapa perkara disentuh. Antaranya, perwakilan Dewan Pemuda PAS Kedah, Muhammad Helmi Muhammad Khalid mengingatkan agar ukhuwah sesama ahli dipelihara dengan tidak menyerap masuk budaya Umno ke dalam PAS.

Antara budaya yang dimaksudkan itu adalah seperti mengatur undi, kempen keterlaluan atau memburukkan sesama sendiri.

Sementara wakil Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Yusuf Mahmud pula menuntut agar PAS Kedah segera bertindak terhadap manipulasi, pembohongan dan pencabulan media yang telah diperalatkan BN. 

Katanya, tuntutan terhadap hak rakyat yang membayar cukai perlu segera diketuai PAS Kedah sebagai ingatan kepada BN untuk tidak terus sewenangnya memperalatkan media untuk kepentingan mereka sahaja. 

Wakil Zon Tengah, Ustaz Ridwan Abu Bakar dari PAS Kuala Kedah pula menggesa agar PAS Kedah lebih responsif terhadap serangan Umno-BN.

Mewakili suara Zon Selatan, Ustaz Hassan Abdul Wahab dari PAS Kawasan Baling menyeru agar ahli PAS membina kekuatan dalaman dan kekuatan untuk menghadapi cabaran. 

Beliau juga mengingatkan peripenting mengukuhkan hubungan dengan para mustad‘afin serta membina ubudiyah bukan di atas dasar kebendaan.

Pada ijtimak yang dihadiri hampir 5,000 kepimpinan PAS di semua peringkat seluruh Kedah itu, pelan tindakan memperkemaskan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 telah dibentangkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Manakala Ketua Penerangan PAS Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menjelaskan kejayaan manifesto PAS Kedah untuk dijadikan modal penerangan utama kepada rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.