Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MT Umno petang ini dijangka fokus simulasi PRU-13

May 27, 2011
PUTRAJAYA, 27 Mei — Simulasi pilihan raya ‘olok-olok’ yang berkait rapat dengan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka akan menjadi topik utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan bersidang petang ini.
Mesyuarat itu sepatutnya diadakan awal minggu ini tetapi ditangguhkan kerana Datuk Seri Najib Razak berada di luar negara.

Mesyuarat hari ini berkemungkinan besar akan membincangkan mengenai tarikh untuk mengadakan pilihan raya ‘olok-olok’ itu di semua bahagian di seluruh negara, yang dijadualkan pada Julai depan, lapor Bernama Online.

Najib, yang juga perdana menteri dan presidern Umno, yang pulang daripada lawatan kerja ke Jepun semalam akan mempengerusikan mesyuarat itu.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijangka akan membentangkan kertas kerja berkenaan langkah itu.

Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa isu pilihan raya olok-olok itu telah dibincangkan pada mesyuarat pengurusan Umno minggu lepas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.