Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nasrudin jelaskan siapa 'pengacau' pemilihan PAS

Mei 30, 11 3:38pm


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menjelaskan, beliau tidak merujuk kepada anggota atau pemimpin parti itu apabila menyebut tentang "pengacau" dalam pemilihan PAS.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan"Golongan ini tidak ada dalam parti, kalau ada juga itu bukan daripada golongan dalam parti," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia semalam, Nasrudin dilaporkan mendakwa wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan PAS kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.
Nasruddin berkata, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Akhbar sama melaporkan, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.