Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH TAHU BN MENGGADAI KESELAMATAN NEGARA MENGAPA MASIH DIAM DAN MAIN TELOR JE ?

KUALA LUMPUR: Pemberian besaran-besaran  mykad kepada warga asing bukan sekadar menyalahi Perlembagaan Persekutuan bahkan mengundang bahaya pada keselamatan negara.

Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu sewaktu diminta mengulas mengenai strategi Umno/BN  untuk merampas Selangor melalui projek kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau melahirkan rasa kesal  dengan sikap pemimpin BN yang hanya ghairah untuk menguasai negara dan menang dalam pilihan raya  sehingga sanggup menggadai keselamatan negara.

"BN hanya memikirkan untuk kekal berkuasa dan mempengaruhi rakyat tanpa memikirkan kesan kepada rakyat apabila memberi kerakyatan palsu kepada warga asing. 

"BN tidak akan peduli akan nasib rakyat asalkan misi dan cita-cita mereka tercapai sebagaimana yang dicanang Najib," katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Jelasnya, tindakan BN itu tidak menghairankan kerana taktik yang sama  telah dilaksanakan di Sabah dan perkara tersebut terbukti apabila Hakim Dato' Kamil Awang  dalam perbicaraan  mengesahkan memang terdapat pemberian kad pengenalan palsu untuk membolehkan warga asing mengundi.

Justeru katanya perarakan rakyat merupakan salah satu cara rakyat bangkit menuntut keadilan bagi sebuah pilihan raya yang adil agar BN tidak menang dengan permainan pilihan raya  kotor yang diatur daripada masa ke semasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad turut mengecam tindakan BN merekrut warga asing kerana kesan daripada tindakan tersebut hanya memberi risiko kepada keselamatan rakyat dan negara.

"Apabila menyedari rakyat Selangor khususnya tidak bersama mereka dalam pilihan raya yang lalu,  BN  amat terdesak untuk meraih kembali sokongan kepada mereka sehingga sanggup menggunakan warga asing dalam percaturan mereka.

"Mereka sanggup mengorbankan  kepentingan negara hanya bagi menjamin  kepentingan sendiri.

"BN mengatakan Pakatan Rakyat pengkhianat tapi dalam hal ini siapa yang khianat apabila sanggup memberi kewarganegaraan kepada 2000 individu yang tidak berhak semata-mata unutk kepentingan politik mereka," katanya.

Tindakan BN mendapatkan permohonan kewarganegaraan 2000 warga asing di Selangor itu dapat dikesan apabila KeADILan mendedahkan salinan  surat sokongan bertarikh 23 Mac kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishammuddin Hussein yang dikeluarkan Pejabat Umno Bahagian Hulu Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.