Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU TIDAK PERLU BERSATU, YANG PERLU BERSATU IALAH ISLAM

Umno: Melayu mesti disatukan bagi BN menang

Mei 28, 11 4:13pm

Kongsi 36
Perpaduan majoriti kaum Melayu di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu merupakan satu formula baik yang boleh digunakan oleh BN untuk memenangi sesebuah kawasan pada pilihan raya nanti.

NONEKetua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN perlu menggunakan formula penyatuan dan perpaduan majoriti orang Melayu di kawasan sedemikian, dan berusaha memenangi hati pengundi Cina dan India bagi mengukuhkan kemenangan calon BN.

"Kita tidak boleh kata semua pengundi akan pilih BN, maksud majoriti di sini adalah minima 51 peratus undi Melayu (di kawasan berkenaan) sokong BN, bermakna sekiranya 51 peratus pengundi Melayu memilih BN, ini bererti BN sudah menang dan jumlah majoriti peratus itu akan bertambah dengan undi daripada kaum Cina dan India," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di Taiping hari ini.

Beliau berkata langkah untuk menyatu-padukan orang Melayu perlu bermula dengan perpaduan di kalangan anggota Umno sendiri di satu-satu kawasan yang akan menarik minat orang lain.

Katanya langkah seterusnya adalah mengadakan pakatan bersama-sama antara Umno dan PAS yang akan menyatupadukan orang Melayu secara keseluruhanya.

- Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Nak ikut British ke nak ikut Islam.
Sopan satun orang Melayu telah kian pupus . Sopan santun ini asalnya dari Islam.Lihat perkara mengiab dan fitnah makin menjadi jadi, waimana hal demokarasi dan keadilan pun makin nak pupus juga.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.