Himpunan Belia Putrajaya adalah program kerajaan - Khairy
30/05/2011 8:38pm
REMBAU 30 Mei - Program himpunan Belia Putrajaya 2011 di Putrajaya hujung minggu lepas bukan program penyalahgunaan wang rakyat, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, program itu adalah program kerajaan dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.
"Saya percaya seramai satu juta belia yang datang itu, semuanya datang secara sukarela, tanpa dipaksa kerana nak menyertai segala acara yang disediakan pada hari tersebut. Cuma pembangkang hari ini menyalahkan kerajaan sebab mereka saya nampak risau, risau dengan sambutan yang diberi oleh para belia yang begitu hebat.
"Mereka (pembangkang) memang mengharapkan bahawa himpunan itu tidak akan sampai kepada matlamat. Malah, Harakah sendiri menyatakan hanya sampai 8,000 orang belia yang datang, pada hal itu tidak betul. Saya melihat sambutan himpunan itu cukup luar biasa dan ini adalah satu petanda bahawa generasi muda sudah mula menyokong dasar kerajaan, dasar kerajaan yang mesra belia, dasar kerajaan di bawah 1Malaysia yang memperkasakan anak-anak muda,” katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment