Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENEROKA TIDAK PERLU DIBELA SEBAB MEREKA MEMANG SUKA JADI HAMBA FELDA

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetapi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Hadi Awang"Namun semua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," katanya dipetik Harakahdaily sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

Menurut beliau, peneroka Felda hari ini berhadapan dengan penindasan sama ada secara disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat.

Abdul Hadi berkata penubuhan Felda pada asalnya bertujuan memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," katanya.

NONEMenurut Abdul Hadi, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan tanah kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.

Pakatan juga katanya, berikrak akan mengembalikan hasrat penubuhan asal Felda.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang turut melancarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sempena himpunan itu yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, malam semalam.
6,000 borang habis

Turut menyampaikan ceramah ialah naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman.

NONEBercakap pada sidang media selepas majlis ceramah, beliau berkata PAS melalui Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah akan memberi perhatian khusus berhubung dengan tanah yang melibatkan peneroka Felda.

"PAS memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka untuk menyelamatkan mereka dari segi politik dan pengurusan. Dari segi politik, mereka hendaklah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Mazlan pula memberitahu sebanyak 6,000 borang permohonan tanah yang diedarkan pada malam tadi hampir habis diambil dan diisi oleh warga Felda yang hadir pada majlis itu.

NONE"Borang 6,000 hampir habis pada malam ini, ini mencapai sasaran kita," ujarnya.

Jelasnya, PAS menerusi lajnah yang dipengerusikan beliau akan melancarkan borang itu di peringkat negeri-negeri dengan menawarkan kepada lebih 100,000 mereka yang layak memohonnya.
PAS parti berani

Sementara itu, mengulas pemilihan pucuk pimpinan utama parti itu yang akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-57 minggu depan, Abdul Hadi berkata tindakan berkenaan membuktikan keberanian parti Islam tersebut.

Ini, katanya kerana PAS tidak gusar akan berlaku perpecahan di kalangan parti meskipun pemilihan diadakan dalam tempoh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.

NONEMenurut Abdul Hadi, ini berbeza dengan tindakan beberapa parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan pilihan raya.

"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," katanya.

Abdul Hadi yang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PAS bagi sesi 2011-2013 menyatakan demikian ketika diminta mengulas jumlah calon yang ramai bertanding.

Kata beliau perkembangan itu menunjukkan wujudnya demokrasi di dalam PAS.

Jelasnya, PAS memberi hak kepada calon untuk bertanding dan perwakilan untuk membuat pilihan.

azlanBaginya, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS tidak mendatangkan masalah kerana ia mempunyai kawalan moral.

Mengenai kemungkinan pilihan raya umum ke-13 diadakan secara mengejut, beliau berkata ia adalah urusan BN.

Namun, katanya amalan pilihan raya di negara ini adalah luar biasa berbanding dengan negara maju.

Menurutnya, rakyat di negara-negara maju yang melaksanakan proses demokrasi mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan tiga atau empat tahun sebelum itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.