Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bantahan Projek Loji Nadir Bumi


Kuantan (Pahang): Para penduduk dan kumpulan anti-Lynas semalam sekali lagi berusaha menghalang pembangunan sebuah projek loji nadir bumi (rare earth) yang dianggarkan menelan belanja RM700 juta ($286.2 juta) di Gebeng, Pahang.

Ahli parlimen Kuantan, Cik Fuziah Salleh, berkata kumpulan pembantah itu telah menyiapkan satu pelan enam perkara dan mahu mengetengahkannya kepada perwakilan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) apabila mereka bertemu di sini semalam.

Cik Fuziah, yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipetik laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam sebagai berkata pelan itu akan menekankan kepada perwakilan IAEA itu tentang kesia-siaan membangunkan loji itu dekat pelabuhan Kuantan dan ketidaksediaan penduduknya menjadi 'tikus-tikus makmal'.

Loji nadir bumi baru itu mencetuskan kebimbangan pencemaran radiasi ke atas penduduk di situ. Mereka cuba menghentikan pembinaan loji tersebut yang dianggap terbesar di dunia.

Loji itu dijangka memenuhi 30 peratus daripada permintaan dunia bagi bahan nadir bumi, di luar China.

Nadir bumi, yang terdiri daripada sekumpulan 15 logam, digunakan dalam pengeluaran alat elektronik bagi pertahanan, tenaga alternatif dan perusahaan perhubungan.

Loji itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp, yang merancang menghantar bahan bijih nadir bumi yang dihasilkan lombong-lombong di Mount Weld, Australia Barat, ke loji di Gebeng itu menjelang September ini.

Cik Fuziah berkata pelan bertindak itu dihasilkan kelmarin berikutan mesyuarat dua jam bersama kumpulan-kumpulan pelobi dan penduduk.

Ia melihat ke arah hujah-hujah perubatan, undang-undang, sosial dan sekitaran berhubung pembinaan loji tersebut, jelasnya.

Panel IAEA itu akan bermesyuarat hingga lusa bagi membincangkan isu berkenaan bersama pihak pemegang taruhan sebelum memulakan kajian semula selama sebulan bagi memutuskan nasib loji penapisan itu.

Namun, keadaan di Hotel Hyatt Regency di sini petang semalam hampir 'kecoh' apabila kededua kumpulan penyokong dan pembantah projek tersebut berhimpun dan saling mengancam satu sama lain sedang mesyuarat panel IAEA diadakan, menurut laporan laman berita The Malaysian Insider.

Kumpulan pro-Lynas, termasuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, bergegas untuk bersemuka dengan Cik Fuziah sedang beliau tiba untuk menemui panel IAEA itu sekitar 3 petang.

Mereka meminta Cik Fuziah, yang sekian lama memimpin protes terhadap projek kontroversial itu, supaya tidak dibenarkan membawa masuk petisyen yang sudah ditandatangani dalam mesyuarat setengah jam itu. - BHS

Ulasan GB

Nampaknya pemimpin UMNO, MCA dan beberapa NGO seperti GPMS bagai nak rak mempertahankan logi Gebeng ini.

Ada berita menyatakan kerajaan negeri Pahang dah terima bayaran deposit dari syarikat Lynas Australia, mahu tidak mahu projek itu perlu dipertahan dan diteruskan.

GB menerima beberapa soalan dari pengunjung melalui email, orang GB (orang PAS) tak turut sertakah membantah projek yang merbahaya itu?

GB pun tak tahu samada ada pemimpin PAS yang turut serta atau tidak. Jika tidak Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man perlu jawab, mengapa tidak hadir atau mengapa tidak sokong demo bantahan projek Lynas berkenaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.