Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Interlok: Perkasa dakwa Pulau Pinang hina Melayu

May 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang “mengharamkan” novel Interlok daripada diletakkan di ruang buku teks di semua perpustakaan negeri sebagai menghina orang Melayu.

Sambil mempertahankan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, Ibrahim menegaskan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak wajar dan ia menyinggung perasaan orang Melayu.“Pulau Pinang hina bangsa Melayu apabila letak novel Interlok di dalam (ruang biasa).

“Itu novel Melayu, saya terasa bila buat macam itu, kerajaan sudah buat macam-macam . . .sudahbertolak ansur dan ini yang dikatakan provokasi,” katanya pada sidang media di sini.

Pada Khamis lalu kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk “mengharamkan” novel Interlokdaripada diletakkan di ruang buku teks.

Sebaliknya, novel berkenaan akan ditempatkan di ruang biasa kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf ia sebagai buku teks.

Dalam sidang media itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat Selasa ini sebagai bantahan terhadap pembunuhan  ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.

Kata beliau, bantahan itu dibuat bukan kerana tidak menyokong pembunuhan Osama tetapi tidakbersetuju dengan cara pembunuhan itu dilakukan.

Selain itu, Ibrahim juga berkata pihaknya tiada bantahan sekiranya kerajaan memberikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang mendapat keputusan 8A+ dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 tanpa mengira kaum.

Namun tegas beliau, kerajaan juga harus memberi biasiswa kepada pelajar Melayu dan Bumiputera yang mendapat keputusan 6A atau 7A dalam SPM dengan mendapat A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

“Kami mengalu-alukan langkah kerajaan memberikan biasiswa tanpa mengira kaum tapi kita akan terkilan jika ia menjejaskan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“Oleh itu kita desak kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar (Melayu dan Bumiputera) yang dapat6A dan 7A, sepatutnya diberikan juga,” katanya.

“Saya tuntut kerajaan beri biasiswa kepada pelajar yang dapat 6A dan 7A, kalau tidak hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan jadi dokumen sejarah yang retorik sahaja,” katanya.Tawaran biasiswa itu akan berkuat kuasa tahun ini

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemberian biasiswa itu adalah hadiah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melihat pencapaian cemerlang direkodkan dalam SPM tahun lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.