Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Suhaizan dapat sokongan popular ketuai Pemuda PAS

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat kini mendapat sokongan popular untuk menerajui sayap pemuda parti Islam itu untuk penggal akan datang.

Aktivis PAS yang juga memegang jawatan Naib Ketua Pemuda PAS Johor itu menerima banyak pencalonan dari seluruh negara untuk bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda itu.

Dewan Pemuda PAS menyaksikan tuntutan untuk perubahan kepimpinan tahun ini selepas sepenggal dipimpin gandingan dua agamawan; Nasrudin Hassan dan Azman Shapawi Abdul Rani.

Pemuda parti itu dilihat menuntut pemimpin yang lebih bersifat aktivis dan selesa dengan pelbagai golongan, sifat yang dinilai ramai sebagai dimiliki oleh Suhaizan.

Suhaizan terlibat aktif dalam beberapa kempen isu melibatkan massa termasuk isu panas menentang perjudian melalui Gerakan Rakyat Membantah Judi.

Untuk jawatan timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa dilaporkan dalam Harakah keluaran terbaharu sebegai bersedia mempertahankan jawatan nombor dua itu.

Mohamad Sabu, tokoh popular parti telah mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua selepas tewas dalam pemilihan yang lalu.

Nahsarudin, Mohamad dan Datuk Husam Musa terlibat dalam persaingan tiga penjuru merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan yang panas dengan isu kerajaan perpaduan, 16 September dan dakwaan kerjasama dan pakatan dengan Umno.

Walau bagaimanapun, penyertaan pemimpin lain dalam persaingan jawatan nombor dua parti itu masih belum boleh ditolak sepenuhnya.

Dua pemimpin lain yang turut mendapat pencalonan ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Tuan Ibrahim masih mendapat sokongan kuat untuk bertanding jawatan itu bagi membuat perubahan dan mengekalkan kedudukan agamawan di kedudukan timbalan presiden.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.