Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
ULAR KEPALA DUA DITUNTUT MOHON MA'AF


a
Mei 16, 11 12:58pm

Naib presiden PKR N Surendran menuntut naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf dan menarik balik satu kenyataannya sebelum ini bahawa ugutan culik yang diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai helah untuk mendapatkan simpati.

Surendran juga berkata, Ahmad Zahid sebagai seorang menteri kanan tidak sepatutnya membuat kenyataan berkenaan memandangkan ianya prejudis ke atas kes yang masih dalam siasatan polis.

NONE"Kenyataan Zahid itu tidak benar, tidak patut dan sangat prejudis ke atas siasatan polis yang dijalankan ke atas ugutan penculikan itu," kata Surendran.

Tambahnya, Ahmad Zahid sepatutnya menunjukkan keprihatinan terhadap ugutan yang didakwa telah dilakukan ke atas anak Nurul. 

"(Sebaliknya) Zahid telah mencemarkan kedudukannya dengan bermain politik," kata Surendran lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan berkenaan adalah berhubung tindakan Nurul Izzah yang membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung satu kiriman SMS ugutan yang diterima oleh ahli parlimen berkenaan daripada seorang individu tidak dikenali.

Nurul Izzah mendakwa, kandungan SMS itu mengugut bahawa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik.

"Kita juga memohon jaminan daripada polis bahawa sisasatan ke atas ancaman penculikan ini dijalankan dengan cepat dan adil," kata Surendran lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.