Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


WSIA melindungi hak dan kepentingan rakyat

| May 04, 2011 11:23:38 am

 
Pihak AWER telah menghasilkan laporan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Malaysia.  Dalam laporan ini menggariskan intipati Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA), AWER juga mengemukakan tiga kajian kes.  Salah satu kajian kes adalah mengenai konflik penstrukturan semula industri air di Selangor.

Terdapat beberapa artikel pendapat dalam akhbar tempatan yang menyentuh isu perjanjian konsesi yang merupakan salah satu topik yang dilaporkan.  

Saya ingin menjemput semua lapisan masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk membaca laporan penuh mengenai penstrukturan semula industri air negara di laman web AWER supaya dapat memahami sepenuhnya cadangan-cadangan kami.  Kajian pihak AWER adalah menyeluruh dan terperinci.  Laporan kami telah menyentuh aspek menyeluruh dan impaknya kepada rakyat.

Melalui WSIA, kerajaan persekutuan akan menstruktur semula industri perkhidmatan air supaya semua operator air dilesenkan dan beroperasi dalam keadaan "ringan-aset".  Ini bermakna aset berliabiliti (hutang) daripada operator air akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), sebuah unit khas Kerajaan Persekutuan.  Ini juga bermakna semua operator air hanya perlu memfokus kepada membekalkan air secara berterusan dan berkualiti.

Bagi pengetahuan semua, penstrukturan semula industri air negara sepatutnya selesai menjelang akhir tahun 2010 mengikut Rancangan Malaysia ke-9.  Ini adalah rancangan Kerajaan Persekutuan, bukannya AWER.  AWER lebih risau mengenai kos kelewatan penstrukturan semula dan impaknya kepada rakyat dari segi tarif serta kelewatan penambahbaikan infrastruktur perkhidmatan air secara keseluruhan.

Pihak AWER ingin menegaskan bahawa kaedah operasi menggunakan Perjanjian Konsesi adalah tidak sesuai dan ramai yang percaya akan kebolehan syarikat-syarikat air di Selangor.  Memandangkan syarikat-syarikat air di Selangor berkaliber dan kompetitif, maka ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah jika mereka beroperasi mengikut kaedah pelesenan yang termaktub dalam WSIA.

Laporan AWER tidak mengatakan bahawa tarif air tidak akan meningkat tetapi kenaikan tarif air dapat diminimumkan melalui pelaksanaan WSIA.  Pihak AWER juga telah menyatakan bahawa kos-kos yang terlibat dalam penetapan tarif akan diaudit dan rakyat perlu terlibat sama dalam proses penetapan tarif.  Ini adalah intipati yang termaktub dalam pelaksanaan WSIA.  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui juga telah menyatakan dalam laman blognya, bahawa kenaikan tarif mengikut model WSIA di Selangor adalah di antara 10%– 15% berbanding dengan Perjanjian Konsesi yang mencecah 37%.

AWER berpendapat bahawa cadangan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan air sebenarnya membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat berbanding kemudaratan yang digambarkan oleh penulis-penulis berkenaan.

Air adalah isu Keselamatan Negara.  Semua lapisan rakyat berhak untuk mendapat bekalan air secara berterusan dan berkualiti dengan tarif yang berpatutan.  Memandangkan pelaksanaan WSIA dapat meminimumkan kenaikan tarif air, maka adalah wajar perjanjian konsesi dibatalkan mengikut model WSIA demi melindungi kepentingan rakyat.

*Kenyataan media oleh Piarapakaran S. (gambar kiri) selaku Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.