Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LUNAS UNDANG-UNDANG

Friday, July 8, 2011

Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0 - by Keadilan Putrajaya

 
1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis

o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis

o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam

o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja

o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja

o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?

o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut

o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?

o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan

o Tanya apakah alasan anda ditahan

o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?

o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis

o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam

o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret

o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian

o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda

o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta

o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis

o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat

o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ada org PAS kata kenapa kita nak tolak Ambiga bila dia buat sesuatu yang baik(bersihkan SPR)walaupun kita tahu Ambiga tu pejuang murtad?

Jawapan aku senang jer...

Kau lihat 1 kebaikan Ambiga dan tutup semua keburukkannya TETAPI kau lihat 1 kejahatan UMNO dan tutup semua kebaikkan UMNO.

Kesimpulannya, kamu hanya nak lihat apa yang kamu nak lihat sahaja. kamu sudah tidak boleh berfikir deangan waras walaupun telah ditujukkan dengan nas dan hadis.

Berserahlah.. jangan menyesal jd anjing-anjing neraka kesudahannya.

Anonymous said...

menggunakan lunas undang2 utk tujuan yang tidak baik adalah tidak adil.... seorang peguam yg bagus, dihargai, disegani adalah peguam yang menegakkan kebenaran.... dimanakah kebenaran pada 1 perhimpunan yang tidak diluluskan. sekiranya matlamat utk menuntut keadilan semasa pilihanraya, kenape tidak di bincangkan di parlimen atau di kabinet? adakah disebabkan ketidakpercayaan rakyat kepada wakil2 rakyat dan ahli parlimen yang dilantik? pikirkan la.... sekadar renungan.... ambiga- pencetus idea, lim guan eng-bagi modal, org melayu/islam- yang kene tangkap, yang cedera dibelasah semasa rushan.. ambiga dan guan eng hanya tepok tangan dan lihat cara melayu dijatuhkan....
kite melaihat bagaimana acheh satu negara islam pada mase dulu dijajah oleh belanda. org belanda menghantar seorang rakyat untuk duduk di acheh dan cuba menjiwai umat islam di acheh dengan belajar islam.. tapi itu sume sebagai topeng. apabila umat islam acheh telah mempercayai org belanda ini. datang sekumpulan askar belanda tanpa senjata dan org belanda yang bertopeng telah menyeru umat islam acheh bahawa org belanda adalah org baik... akhirnyaa, barula umat islam di acheh ni tau yg mereka telah ditipu oleh org belanda yang bertopeng setelah dijajah dan habis sume hasil di acheh tlh dikuasai... penyesalan telah terlambat.... jd , dinegara kita skang, harap kamu renungkanlah pendapat saya ini.... bersyukur dengan keadaan aman damai yg sekarang.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.